Welcome To My Life...

Saturday, May 21, 2011

FC 8 : Kuda Tua Yang Gagah

[entri bola..sila scroll down atau tengok blog archive untuk entri menarik yg lain..hehe]

Salam maju jaya...semoga korang semua ceria selalu..okey..hari nie aku nak sambung siri kiraan menurun aku menjelang final Liga Juara-Juara Eropah yg akan dapat disaksikan oleh peminat di Malaysia pada pukul 2.45 pagi 29 Mei 2011..tinggal 8 hari lagi..semalam aku mulakan siri final countdown ini..maka hari ini aku akan teruskan dengan FC 8...mari kita lihat satu lagi kisah sensasi sepanjang saingan musim ini..

Kuda tua yg dimaksudkan dalam tajuk ialah RAUL GONZALEZ..
Kepada yg tidak tahu apa hebatnya Raul Gonzalez? Raul ialah pemain yg paling banyak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah..dia pernah beraksi dengan beberapa kelab termasuklah menjadi wira pujaan di Real Madrid suatu ketika dahulu..dan sekarang dia masih lagi menyinar..musim ini dia menyertai Schalke 04 untuk bermain di pentas terulung Eropah buat kesekian kalinya..

Ramai yg meragui kemampuan Raul untuk mempamerkan prestasi unggulnya ketika beraksi bersama Galacticos..tetapi Raul membuktikan ramai pemerhati yg mengatakan dia berada di hujung kariernya adalah salah..Raul menunjangi kemaraan Schalke 04 ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah buat julung-julung kalinya musim ini...malah dalam laluan ke separuh akhir, Raul menjaringkan beberapa gol termasuk ketika menyingkirkan penyandang juara, Inter Milan, di suku akhir..aksi cemerlang Raul membuktikan dia ialah kuda tua yg masih gagah...

Debaran final kian terasa buat para peminat Manchester United dan Barcelona..jumpa lagi dalam entri akan datang dengan kisah yg lebih sensasi..assalamualaikum..

Entri sebelum - FC 9 : Raja Midas Yang Diaibkan..













p/s : Menanti kebangkitan bola sepak Malaysia...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif