Welcome To My Life...

Saturday, May 21, 2011

Maharaja Lawak Minggu 8

Assalamualaikum, salam diberi tanda ingatan..bertemu lagi di blog A Guy From Mars..para pembaca yg dihormati dah makan ke belum? Kalau dah, bagus..kalau belum, meh kita makan sama2..hehe..adik2, abang2, kakak2, mak cik pak cik sekalian, malam tadi berlangsungnya minggu ke-8 Maharaja Lawak yg disiarkan di Astro Warna dalam pakej Mustika..macam biasa tiap2 minggu pukul 12 malam rancangan habis bersiaran, orang dah tengok habis persembahan kesemua peserta melalui video2 yg disiarkan segolongan hamba Allah yg baik hati di youtube..kita doakan kesejahteraan buat mereka..:)

Kalau ada yg belum tengok ataupun belum puas bergelak ketawa, mari kita rebiu semula prestasi para peserta minggu nie..untuk pengetahuan yg belum lagi tahu, R2 adalah peserta yg diundi masuk dan menjadikan jumlah peserta minggu ini adalah 7 orang manakala yg tersingkir di akhir siaran ialah Man..lets check it out!!

Aku tak tahu kenapa Nabil agak down berbanding aksinya yg biasa..mungkin demamnya minggu lepas belum kebah lagi..entah lar kenapa susah nak gelak..mungkin aku tak paham..tapi dia salah sorang bottom three..


Prestasi Jambu bagi aku minggu nie agak menurun kalau dibandingkan minggu lepas..lawak pasal robot..mungkin dapat menggelakkan sesetengah golongan..tapi aku tak berapa nak gelak tengok diorang kali nie..


R2 yg diundi masuk nie memang suka buat lawak orang gila..tapi adik-beradik nie tak lar gila..haha..kalau dibandingkan dengan persembahan Man dan Nabil minggu nie, R2 lebih baik lar bagi aku...


Jozan yg menjadi pilihan ramai memang bombastik lar..dialog tak lar kelakar sangat tapi reaksi apabila tersilap bius memang boleh buat korang gelak pecah perut..wajib tengok nie!


Kalau dilihat pada prestasi, Man memang selayaknya tersingkir minggu nie..masih tak dapat cari cara untuk membuat stand-up comedy yg baik..memang susah buat lawak sorang2..good try, Man!


Balas dikatakan membuat lawak yg agak advance oleh Mamat Khalid..lawak pasal budak sekolah..aku rasa lebih okey daripada Man dan Nabil..tapi diorang bottom three minggu nie...korang nilai lar sendiri..


Sepah tak pernah meragukan aku..minggu nie pun diorang konsisten lagi dan tak mengecewakan..inilah calon juara yg berkemungkinan menggugat Jozan..memang layak top three..wajib tengok jugak nie!



Itulah serba sedikit pandangan ikhlas aku tentang persembahan para peserta minggu nie..mungkin korang ada pandangan berbeza? Definisi kita tentang lawak mungkin berbeza..hehe..tapi aku tetap nak puji peserta yg berusaha hiburkan penonton sedaya upaya..sekian dulu untuk minggu nie..majulah lawak untuk negara..wassalam..













p/s : Moralnya..susah nak buat lawak ooi...


3 comments:

suha said...

cik suha pon tatau cik suha suke sape tapi cik suha setuju awk ckp buat lwk memang susah (^_^)

Unknown said...

sy suka jambu :)

makan jambu pun suka :)

M Fizan said...

@suha sy ckp slalu btol..haha

@Nica haha..air jambu suka tak? hehe

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif