Tuesday, May 31, 2011

Juvana Episode 6

Salam sejahtera... woaaarrr... cerita Juvana kat TV3 tu dah masuk episode 6.. feberet aku tu.. heheh.. dah makin menarik jalan cerita.. walaupun ada part imbas kembali yg buat cerita nie meleret.. kalau tak ada pun tak apa kan? Kalau nak buat flashback pun, pendek2 dah lar.. hehe.. banyak komen pulak aku nie.. nanti marah pulak Faisal Ishak, pengarah Juvana tu.. lalalala.. tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya nie....

Okey, okey.. cukup2 lar melalut tu A Guy From Mars.. haha.. semalam dah masuk episode 6.. adegan bersambung selepas kematian Fit minggu lepas.. kesian watak Fit dimatikan awal akibat overdose.. tu lar.. makan dadah banyak sangat.. huhu.. moralnya, jauhilah dadah yg menjahanamkan.. rakyat Malaysia benci dadah.. kepada yg belum puas tengok, tak sempat tengok, dan terlepas babak penting sebab buat kopi untuk suami malam tadi, boleh lar tengok kat sini.. hehe.. meh tengok meh~

Dato' Wira berang dengan kematian Fit, kes terbaru di Sekolah Wira Bakti.. Botak mengarahkan semua buat2 tak tahu walaupun Panjang rasa sedih teramat sangat dengan kematian kawan baiknya.. Warden Raja pulak marah dengan kegagalan Cikgu Zakiah dan sesi kaunselingnya.. sorang demi sorang pelajar di sekolah tu disiasat.. tapi hasilnya, tak ada yg bagi maklumat..


Cikgu Zakiah bagi satu buku [jeng jeng jeng] untuk Daim.. Daim pulak geram sebab tak jumpa cara nak lari daripada tahanan lepas baca buku tu.. lepas baca surat khas daripada Cikgu Zakiah [wahhhh], Daim berani nak lawan debat dengan Botak.. Daim bagi hujah kukuh sampai terbongkar rahsia Botak [zassss]..


Nie haaa mula dah imbas kembali Botak kena dera.. kesian Botak.. rupa-rupanya jadi gengster sebab pernah jadi mangsa.. aku ingat nama sebenar dia Botak bin Licin.. hoho.. sebenarnya nama dia Naim.. Botak selalu buat hal dekat sekolah.. buli orang, belasah pengawas.. maka selalu jugak lar dia kena balun dengan tali pinggang bapak dia.. sampai lar dia buat kes yg membawa dia ke Sekolah Wira Bakti... [apakah??]



Wahhh.. makin happening.. tak sabar nak tengok episode 7.. ada budak baru masuk.. dalam iklan semalam, budak nie lagi kuat daripada Botak.. good news.. hoho.. kepada sesiapa yg ada maklumat tentang episode2 masa depan, sila maklumkan.. malas nak tunggu.. hahaha.. sekian dulu.. salam sejahtera :)
















p/s : Tak pernah dibuli.. tak suka membuli..


6 comments:

Scya Lollita said...

best best x pena miss ^_^

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

tgk iklan pun dah cambes jee..
mmg kene tengok ni..hehe..

tapi tak berkesempatan nak tgk sbb busy sgttt T_T

apik pehe said...

hehe..apik dop penah layan lagi

M Fizan said...

@Scya Lollita haha..mne bleh miss crita nie..tmbh2 ad bdk bru episode 7..:D

@Tim Cik KupuKupu Ungu hehe..tgk lar sini...kn ad bg video tiap2 minggu..hoho

@apik pehe rugi lar apik..haha

hana nabihah said...

umah kite takder tv..naseb bek ade tukang cerite :P

M Fizan said...

@hana nabihah haha...xkn lar xde tv :P

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif