Monday, May 9, 2011

United Selangkah Lagi

[notis khas : kalau tak minat bola sepak, sila scroll down dan teruskan membaca entri lain..hehe]

Assalamualaikum, salam sejahtera...selamat pagi..aku masih semangat tak habis2 lagi nie...hehe..iyalah kan..malam tadi team feberet aku menang..team mana lagi kalau bukan bakal juara baru Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011, MANCHESTER UNITED..tahniah2 kepada para penyokong The Red Devils yg seangkatan dan segerombolan dengan aku..Glory2 Manchester United..kepada fans Chelsea, ampun dipinta kalau entri nie mengguris segenap inci perasaan kalian..just nak kongsi info tentang game malam tadi jer..

Okey2..straight to the point..
Cer tengok~ Cer tengok~

Scorer of The Night

Javier Hernandez - A Living Legend..musim pertama , 20 gol...menjaringkan banyak gol kemenangan...gol dia semalam cuma perlukan 36 saat..hantaran yg menembusi pertahanan daripada Park Ji-Sung..Hernandez berdepan dengan Petr Cech (goalie Chelsea) satu lawan satu..dan tanpa diduga, dia menjaringkan gol sepantas itu...1-0 United..how about that for a start Blues? :)


Nemanja Vidic - A Superb Skipper...kapten dan pertahanan yg sangat kental..salah sorang bek tengah terbaik di dunia era ini..minit ke-23...hantaran lintang daripada kuda tua veteran, Ryan Giggs..dan Vidic yg tak dikawal melakukan tandukan dari jarak 6 ela..2-0 United! :)


Frank Lampard..memastikan debaran perlawanan ini berterusan hingga wisel penamat..minit ke-68..tap-in dari jarak 6 ela hasil hantaran lintang Ramires..2-1 Chelsea :)

Special Mention
Park Ji-Sung telah membuktikan mengapa Alex Ferguson bawa dia ke Old Trafford..the best Asian player..Wayne Rooney pulak menunjukkan kembali sinar2 emas yg pernah dipuja seluruh dunia satu ketika dulu..kembali berada di kemuncak prestasi..Ryan Giggs, senior berusia 37 tahun yg nampak macam baru berusia 20 tahun..masih hebat macam zaman mudanya..Antonio Valencia pulak buat Ashley Cole [dianggap salah sorang bek kiri terbaik dunia] macam bek kiri Kampung Pisang jer..hehe..

Man of The Match
Hantaran tepat untuk gol pertama ManU seawal 36 saat..berada di mana-mana saja di atas padang..mencipta gol kedua di mana dia meledakkan rembatan jarak jauh yang memaksa Petr Cech menghadiahkan sepakan sudut..dan daripada sepakan sudut itulah, dia bergandingan dengan Ryan Giggs untuk menghasilkan gol kedua ManU..berlari tidak kenal penat lelah..walaupun ada keraguan Antonio Valencia selayaknya dinobatkan pemain terbaik perlawanan, bagi aku tiada siapa patut menafikan sumbangan PARK JI SUNG!!!


Itulah serba sedikit gambaran tentang perlawanan malam tadi..ManU 2-1 Chelsea dari Old Trafford...video yg aku bagi cukup jelas untuk sesiapa yg terlepas perlawanan tersebut..bagi yg dah tengok live tapi belum puas, aku bagi korang peluang tengok lagi..hehe..salam berblog :)

Jumpa lagi dalam entri seterusnya~









p/s : Teringin nak jadi pemain Red Devils..




9 comments:

TOJIES said...

glory-glory manchester united..hahaha..kemenangan liga ke 19 untuk pasukan kita..haha

Tok Esah said...

yeah!!! terbaik2 ulasan.. tok pun peminat MANU!! besh tengok game semalam... 1 mata lagi juara!! glory glory!!

M Fizan said...

@TOJIES haha..menangis lar liverpool..rekod spnjg zaman dah dihancurkan :)

@Tok Esah tahniah utk tok jgk ..hehe..lwn blackburn nnti sah champion..glory2!!

harrazdani said...

mula2 tgk list player...agak ragu mengapa tidak diletakkan nani ditempat jii sung...ttp bila tgk corak taktikal 4-4-2 yg direncanakan menjadi, aku tabik fergie. patutlah fergie berada ditempatnya sekarang. glory2 man united

M Fizan said...

well, ManU ada 4 sayap yg bleh diharap..nani, valencia, ji sung dan giggs..tapi sorg saja yg digelar big-game player..dialah PARK JI SUNG ^_^ (engt lg gol dia lwn Gunners awl musim nie)

aii si colourfulroses said...

Yay! saya penyokong MU.. =)

M Fizan said...

@aii si colourfulroses tahniah jua! mmg nak cari geng fans mu yg seangkatan :)

aizamia3 said...

dulu aku memang fanatik gila dengan Liga Perdana Inggeris dah dah tentu team feveret aku MU sebab aku suka gile color merah..

sekarang dah low profile.. kalau tanya confirm aku nganga.. hahaha...

M Fizan said...

@aizamia3 haha..aku lak dari dulu lg...sme lar..mmg minat team warna merah..kalau F1, aku ske ferrari :D

kau jgn nganga..MU power skrg :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif