Welcome To My Life...

Saturday, May 28, 2011

Ini Malaysia Yang Dibanggakan?

Assalamualaikum.. sejak akhir-akhir nie banyak berita yg tidak sepatutnya kedengaran.. maka aku merasa terpanggil untuk membincangkan isu ini.. manakah keamanan dan kedamaian yg sering kita laung-laungkan? Di mana kesejahteraan yg kita pertahankan selama lima dasawarsa? Tidakkah negara kita selamat lagi untuk diduduki? Inikah Malaysia tercinta yg kita banggakan? Kalau jawapan korang positif, aku percaya korang mungkin optimis.. atau mungkin jua korang nie terlalu banyak berhibur hingga tidak tahu-menahu tentang ancaman demi ancaman yg berlaku saban hari..



Sejak kebelakangan nie, kita dengar berita wanita diancam oleh penyimbah asid yg terlaknat.. aku rasa diorang nie pernah dikecewakan.. atau kurang waras.. atau mungkin juga bosan dan tak ada kerja lain untuk dilakukan.. untuk makluman makhluk-makhluk binatang bertopengkan manusia tersebut, perbuatan korang yg zalim tu tak berperikemanusiaan langsung, faham?! Betul-betul menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia.. kalau pelancong asing balik bercerita tentang situasi ini, apa yg akan berlaku kepada industri pelancongan Malaysia? Itu dari segi ekonomi..dari segi keselamatan, wanita-wanita perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan disimbah asid secara tiba-tiba.. apa nak jadi dengan Malaysia kita? Jangan sampai berlaku wanita tak lagi dapat nak bersiar-siar dengan selamat....


Semalam pulak kita dikejutkan dengan berita beberapa orang guru membelasah beberapa orang pelajar sehingga lebam2.. peristiwa ini sangat2 lar merosakkan imej guru.. guru sering dilabelkan umpama lilin yg membakar diri menerangi orang lain.. janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. kalau benar guru diancam oleh pelajar tersebut, gunakan saluran yg betul untuk menyelesaikan masalah.. cara yg dilakukan sangat keji dan hina.. 6 lawan 1? Kalau korang guru jantan, apa barang lawan macam tu? Bacul, penakut.. Huh, sebab korang lar, imej guru tercalar..ini guru Malaysia? Ini situasi sekolah negara kita? Jangan sampai guru dah tak lagi dipercayai di masa akan datang kalau begini trend dan caranya...


Hari nie pulak, keluar satu lagi berita sadis dan tragis.. aku hanya mampu menggelengkan kepala apabila membaca berita tu.. sorang budak darjah empat dicucuk matanya oleh samseng sebaya.. yg lebih menyedihkan, tangan dan kakinya dipegang.. kalau begitu caranya dia dibuli, bagaimana dia dapat menghalang pensel mekanikal merosakkan kornea matanya? Seperti juga cikgu-cikgu tak bertamadun dalam berita di atas, budak2 nie jugak tak lar berani mana sangat pun.. tapi itu bukan lar masalah utama di sini.. yg menjadi persoalan pokok.. inikah bayangan belia harapan kita? inikah tunjang pemimpin masa depan negara? adakah ini belia yg dapat kita banggakan? Jangan sampai satu hari nanti, anak2 kecik takut nak ke sekolah sebab ada gengster2 cilik macam nie....pembuli tak bertauliah...


KONKLUSI
Inikah negara kita yg aman damai? Inikah Malaysia yg kita banggakan?














p/s : Bertindaklah wahai pihak yg berkuasa...


14 comments:

lilypelangi said...

macam2 hal btul .
ishk , menakutkan

kemboja said...

menakutln jer... hairan kan knpa dorg jd macam ni. salah siapa sbenarnya. ni baru ganster di sekolah, belum lg remaja/ budak2 yg baru darjah 2 dah merokok.. huhu apala nak jd. huhu

M Fizan said...

@lilypelangi btol2..msa dpn yg mnakutkan..huhu

@kemboja huhu..btol2..gengster cilik..nie ke belia kebanggaan pemimpin kita? belia yg hedonis?

rj Etika said...

Kadang kadang rasa Malaysia ni dah mcm tak selamat. gengster merata rata. =.="

Lieyda Sabri said...

adoi macam2 la skg ni kan.hurm

suha said...

mintak2 penyimbah asid tu tak sampai ke nilai huhu

dik,jom kita pindah gi uganda (^_^)

Eza Zularyeza said...

sbg cikgu aku sndr malu bila ada cikgu wat hal..

Anonymous said...

terbaik la! tak paham gak, ape nak jadi ngn org malaysia ni. mcm2 bnde pelik je nak buat. geram pun ade..grrrrr :p ahahaa

M Fizan said...

rj Etika :: btol2..gengster, progol, pmbunuh..x slamat dh skrg nie~~~

lieyda :: mcm mcm mcm..huhu..trlalu byk kbahayaan di luar sna...

suha :: haha..kak suha nie....pnyimbah asid tu dh grak g nilai tw..aiyokkk :D

shahira :: haha..gram siap ad glak..tp mmg btol..diorg ske wt bnd plik..ad ke ptot simbah asid..men lar guli ke, simbah sos tomato ke..huhu

suha said...

abeh la kalo die dtg nilai..kena wat meeting ngn bangla2 n negro2 sekitar nilai neh..haha see,nilai ade pertahanan yg bagus umpama drogba giteww (^_^)

ciNtA said...

menakutkan..rasa xselamat kan? btw..done fol u back :)

M Fizan said...

eza zularyeza :: mmg memalukan..trcalar imej ckgu..huhu

suha :: hahaha...kt kedah nie pn ada kak suha oii :D

cinta :: sgt2..tmbh2 pnyimbah asid tu..huhu

picairin said...

makin rmai org gila...mungkin dunia hari ni membuatkan orang makin dan kian tension kot...=)

M Fizan said...

@picairin haha..btol2..mkin rmai saban hri..dunia hri nie trlalu menekan....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif