Welcome To My Life...

Friday, May 18, 2012

TF #20 : Solidariti Di Mana?


Assalamualaikum.

Sudah berapa Jumaat segmen ini aku tinggalkan. Lantaran saban Jumaat kalendar Masihi ciptaan Barat meletakkan aku dalam kesibukan. Itu semua hanya alasan. Manusia tipikal.

Kecoh! Heboh! Dalam minggu ni, tetiba muncul gambar di atas mencetuskan satu fenomena di dunia maya. Tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan Hunger Strikes. Bukan permainan kanak-kanak ya. Ini mogok lapar kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Sifat kemanusiaan yang masih ada pada golongan manusia menyaksikan gambar ini merebak dengan begitu mengagumkan kelajuannya. Ferrari 0-1 Palestinian prisoners. Lebih dua juta akaun Facebook (tak termasuk akaun aku) menukar default pic (DP) diorang kepada gambar coklat ini. Lantas menggentarkan puak Zionis yang akhirnya akur memenuhi tuntutan tahanan Palestin.

Aku ambik sikap berkecuali. Tidak menukar DP tersebut. Kerana aku rasa tidak menyumbang apa-apa kepada saudara seagama yang terseksa di sana. Tapi aku menjalankan tanggungjawab aku. Aku kongsi gambar itu. Dan semalam, kecoh lagi!

Gambar itu dikatakan permainan Illuminati. Disebarkan oleh pihak Israel dengan niat licik memperdayakan umat Islam yang mudah percaya membabi buta tanpa usul periksa. Gambar coklat itu dikhabarkan kerja anasir Zionis yang cuba menjadikan orang Islam mangsa mereka. Gambar itu dikatakan dengan tulisan Yahudinya, mata tertutup menandakan umat Islam tidak kisah penderitaan saudara mereka di Palestin.

Itu hanyalah permainan minda. Aku suka komen saudara Hilal Asyraf yang aku terlihat di FB sahabat aku. Umat Islam menukar kepada DP coklat tersebut kerana niat yang suci, MENINGKATKAN KESEDARAN kepada umat Islam yang lain. Ramai tertanya-tanya fenomena apa tiba-tiba meribut seluruh dunia menggunakan DP yang sama. Nampak tak?

Walaupun aku tak tukar DP tersebut (Hilal Asyraf juga tidak!), aku tak kata tukar DP tersebut adalah perbuatan yang salah. Itu satu tindakan mulia, dengan niat untuk menyedarkan umat Islam lain yang leka dengan hedonisme melampau 24/7. Sekali lagi aku tegaskan, entri ini bukan mengata sesiapa yang menukar kepada DP coklat tersebut. Tidak sama sekali. Aku puji niat ikhlas korang semua.

Tapi, soalan aku. Solidariti di mana? Adakah cukup kita menukar DP dan berkata kita sudah menyempurnakan tugas kita selaku saudara sesama Islam? Tidak. Solidariti itu mestilah di hati kita semua. Kita harus mendoakan pertolongan Allah buat mereka. Qunut nazilah. Ingatlah, janji Allah pasti tiba!












p peluk s : Ups, terpanjang...

8 comments:

mirmashi94 said...

hmm. betul. apa maknanya tukar DP dengan gambar detective conan yang di-edit menjadi DP coklat? ape detective conan melambangkan tahanan palestin? -.-. itu laa, bile tengok2 DP coklat yang aneh2 ( anime bagai di-edit ), macam dah jadi trend pulak. fuhh.

Deleted said...

owh patot pon. hehe sory takdak fb

Liyana Izzati said...

Orang kita suka ikut trend tanpa kaji apa-apa. Aku bukan bercakap dalam hal ni jer tapi banyak hal lagi yang kadang-kadang kita ikut secara melampau lampau. Aku pun tak tukar jugak dp. Dua hari lepas aku gaduh kaw-kaw dengan budak Terengganu asyik kondem aku sebab aku tak tukar dp ni. Hahaha. Kadang-kadang aku nak tergelak macam mana isu dp boleh jadi pergaduhan yang agak berat. Padahal dp ni sepatutnya should bring muslims together. Nasiblah.

At the end of the story aku cakap kat bro tu, suh dia istiqamah dengan dp dia tu kalau betul dia rasa apa yang dia buat tu satu perjuangan yang besar sebab bagi aku secara personal lebih baik kita doakan saudara saudara kita di Palestin instead of changing dp lepas tu esok esok tukar dp lain pulak. Apa kes?

Tukar dp tak salah atas dasar support tapi kalau gaduh dan judge orang sesuka hati just sebab dp hmm tak baguslah...

dear yayah said...

at least it increase our awareness about our saudara there... may Allah bless them

Ardini Izzati said...

Dinie tukar jugak DP. Lepastu bila timbul yang cakap semua tu propa, dinie tukar gambar dinie balik. Risau kalau semua ni mainan Israel. Haihh --" Tapi dinie tabiklaa orang yang tegar dengan DP tu. Nampak diorang punya pendirian itu tegas, Nampak kesungguhan support saudara seislam kita. Dinie jugak lah yang teruk --"

Aien Not Alien said...

hujah akan dipatahkan hujah juga, biar niat main peranan kalau jasad tak mampu menyokong, dan titipkan doa memohon pada Allah agar saudara sesama Islam kita akan tabah hadapi dugaan mereka.... :)

M Fizan said...

@mirmashi94 detective conan? dem! niat diorang baik tukar dp. tapi solidariti lebih penting di hati. mohon pertolongan Allah buat mereka.

@nurshamila hehe. biar betul tak ada fb...

@Liyana Izzati memang orang kita suka ikut tanpa usul periksa. membabi buta. yang bergaduh pasal tak tukar dp tu memang tak matang. solidariti bukan pada gambar fb. solidariti di hati dan doa kita. all in all, tukar dp tu bukan dosa, tapi better kita titipkan doa untuk diorang :D

M Fizan said...

@dear yayah i dont mean the dp change is wrong. their intention is good :)

@Ardini Izzati hehe. tengok. senang je berubah bila dengar khabar angin. pendirian satu hal. kalau niat kita baik, jangan takut apa orang cakap. dinie tak teruk. niat dinie nak tolong tingkatkan kesedaran macam semua orang yang tukar dp tu :)

@Aien Alien ya, mungkin kita tak dapat membantu secara fizikal. tapi spiritual kita dapat memberi sokongan buat saudara seagama kita. :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif