Welcome To My Life...

Tuesday, May 8, 2012

Rumahku Syurgaku, Rumah Kau?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Malam tadi aku selamat tiba di Changloon selepas perjalanan memenatkan lebih 9 jam dari Shah Alam. Ekceli aku baru saja menamatkan peperiksaan akhir semester pagi semalam. Dua jam kemudian, aku telah berada di perut bas untuk satu perjalanan panjang. 

Ketika kawan-kawan aku bergerak ke destinasi masing-masing untuk melepaskan tekanan yang membebani selama ini, aku pula memilih untuk pulang ke baiti jannati. Syurga duniaku. Berbicara dengan diorang di luar dewan sebaik tamat peperiksaan subjek Matematik, aku disoal tentang kegelojohan aku pulang.

Diorang nak berseronok dulu. Berhibur bersama kawan-kawan selepas tamat urusan yang sangat menyakitkan minda. Aku terus pulang ke rumah yang aku rindui. Alasan aku mudah. Di rumah aku merasa ketenangan. Melihat telatah adik kecik, aku terhibur. Melihat kegirangannya yang tidak memahami erti tanggungjawab satu keseronokan bagiku. Lantas, apa lagi yang kurang pada rumahku?

Di sini aku merasakan satu ketenangan yang tidak ada di tempat lain. Walaupun cuti hanya seminggu, aku rela bertahan dalam perjalanan semata-mata untuk berada di syurgaku. Aku merasakaan kebahagiaan yang tidak mampu diterjemah seindah bahasa. Rumahku syurgaku. Rumah korang? Bukan syurga aku. ^_^










p peluk s : Aman damai..


5 comments:

Deleted said...

owh org kedah jgk. ada geng..ada geng. haha

awak ni 18, sma umor la kita. haha sambung study awal ka?

inche hlovate said...

sama la kita.. habis exam terus blik rumh..tak bermnat nk stay lme2 kat tmpt blajr tu..

psstt rumahku parents aku yg punya :)

M Fizan said...

@nurshamila haha. i'm 19 la. kedah? geng pengembaraan bermula :D

@inche hlovate hehe. malas. kalau boleh nak stay umah jer. rumahku jua parents punya :)

Deleted said...

owh 19, salah phm la ni. bt malu ja *tutup muka. haha

M Fizan said...

@nurshamila haha. salah saya tak tukar profile. sekarang dah lain kan :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif