Assalamualaikum.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah.
Entri respons kepada Mirmashi.
Genius Mirmashi ni. Straight A's. Salah sorang pelajar cemerlang. Mirmashi ada mintak jangan puji dia. Malah kutuklah dia. Meh senior (sangatlah seniornya kan) nak mengembalikan anda berpijak di bumi nyata semula wahai Mirmashi yang suka mencapub (Mirmashi yang cakap). Kalau kita pandai, ingatlah ada berjuta orang lebih pandai dari kita. Dan ingatlah pada Allah yang Maha Bijaksana. Ini taufan buat Mirmashi. Jangan marah ya. ^_^
Memang lumrah insani. Manusia pantang dipuji. Mulalah hidung tinggi. Berlagak malam sampai ke pagi. Jangan sampai riak kuasai diri. Riak tu kan syirik khafi.
Err. Asyik nak bermadah je. Nanti aku sambung. Entri ni bukan untuk Mirmashi saja. Renungan untuk semua.
Kelebihan yang kita ada sekadar pinjaman daripada-Nya. Dunia ini hanya sementara. Negeri akhirat destinasi kita semua. Nikmat ini untuk menguji kita. Sama ada kita bersyukur atau terleka. Sama ada kita gagal atau berjaya. Ujian bukan musibah dan kegagalan saja. Allah berhak ke atas segalanya. Apabila Dia berkehendak, maka Dia ambil semula. Ketika itu, apa yang ada? Apa lagi yang kita nak bangga? Tiada apa-apa.
Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Ingatlah senang dan susah itu ujian. Hari ini kita memberi pertolongan. Esok lusa kita mendapat bantuan. Itu lumrah kehidupan. Roda sentiasa berputaran. Atas dan bawah mengikut urutan. Nikmat dipinjamkan oleh Tuhan. Ke mana riak membawa kalian? Tepuk dada, tanyalah iman. Insya-Allah ketemu jawapan. :-)
p palang s : Macam tak berkait je...
19 comments:
hidup biasa2 lg best biar hidup tanpa puji hidup biasa2 penuh bermakna..:)
hye sintokian..hahaha
haha. tade laa taufan sangatt. thanks. terharu sat. haha ;D. memang selalu ingatt yang ramai lagi dari pandai. sebab honestly kat sekolah pun saya bukan nya top student. student biasa2 je yang dapat rezeki time SPM, result comey. hehe. insyaAllah akan selalu beringat lepas nie. lagi pun bile bangga diri, riak. nanti hilang pulak nikmat rezeki yang Allah kasi. hehe ;). takut jugakk lau lepas nie x dapat survive. tetibe fail ke ape bile dah sambung. semoga result SPM nie jadi pendorong untuk study hard kuasa tiga lepas nie. ^^
err ok, entry ni untuk mirah ja kn? ok fine. huhu jeles k.
haha jokes
p/s: berkait dah la tu bang naz..
entry ko mesti nak ada rhythm kan. hehe..
kesimpulannya, apa yg kita ada, masalah yg menimpa,sume datang dari-Nya. dan mesti ada hikmah yg tersemunyi disebalik itu semua..
erm..Allah tak suke hamba die riakkan.
hehe~btol tu..semua nikmat kurniaan ALLAH tu sementara shj..jgnlah kita meninggi diri dgn nikmat kurniaan-NYA :)
Haha. Tahniah kepada mira sebab blogger femes aka big brother buat entry untuk kau ni mira. Haha. Tapi kita semua kena ambik isi entry ni buat pegangan hidup. Nasihat yang berguna k bro. Thanks yerr.
betol2... ramai org suka dipuji termasuk laa saya.. hahaha !
riak + takbur tu termasuk dalam dosa besar rasanya kan?
moga kita dijauhkann.
aamiiin .
:)
Segala puji-pujian hanya bagi Allah...
saya kurang selesa dipuji depan2... tak reti nak response
betul tu..jangan sampai meninggi diri..
ikut resmi padi,semakin tunduk,semakin berisi..*cewah..hehe
mmg btol manusia cpt lupa diri bila dipuji.. tp jgnla disebabkan xnk memuji, jd meng'keji'.. :)
cukuplah skdr mnjadi pendorong, bukan menyerong niat pujian itu :)
@Selendang Merah haha. sekali sekala sekalu pujian tu jadi motivasi :D
@CikMai er, hye! :)
@mirmashi94 welcome. alhamdulillah, dah rezeki mirmashi dapat result comey tu :) insya-Allah mirmashi akan lebih berjaya. jangan riak. syirik tu :)
@nurshamila haha. kan dah cakap tu. entri untuk renungan semua. sha, sha :)
@Hanie Dew mesti la. best. hehe. selepas kesulitan pasti ada kemudahan :)
@Cik Yatt Allah murka. syirik kecik :D
@Atiqah Wadiah jangan sekali-kali. nanti Allah murka kita yang susah :)
@Liyana Izzati tahniah la sangat. femes la sangat. haha. most welcome. saja suka bagi moral :)
@teha haha. lumrah manusiawi kot. saya pun :D
@chemay yup, mensyirikkan Allah. amiin :)
@c'axoera ヅ hehe. menemui konklusi :D
@msredcheesecake wahaha. senyum mungkin cukup :)
@Myra Azraff hehe. amboi. melawan nampak! good response :)
@dear yayah hehe. mengkeji tu teruk sangat. bila orang tu bagus, kita puji. bila dia salah, kita nasihat. macam tu lar hidup. :)
Post a Comment