Thursday, May 31, 2012

Mudah Untuk Berubah


Assalamualaikum.

Sekilas pandang tajuk memang kontroversi. Fuhhh, senang ke nak berubah? Semudah makan nasik? Okey, mungkin agak keterlaluan menggunakan perkataan 'mudah'. Tapi untuk berhijrah menjadi lebih baik sebenarnya tidak terlalu sukar. Semuanya terletak atas kehendak kita sendiri. Kita yang menentukan nasib kita. Lalala~

Susah nak puaskan hati semua orang. Orang lain sesuka jantung dan limpa membuat tohmahan. Sukar pula memberikan sokongan. Kita ambik satu contoh. Seorang perokok tegar cuba untuk berhenti. Tetapi kawan-kawannya pula bila tahu perkara tersebut semakin menawarkan rokok. Silap haribulan, kalau lemah iman, kembali kepada keburukan. Ini kes yang seringkali berlaku.

Memang mudah untuk berubah. Ada sesuatu yang lebih susah. Ya, meneruskan perubahan itu sebenarnya yang payah. Jika saban hari diserang dari segenap arah. Maka mental dan emosi pun menjadi lemah. Lalu tidak sempurnalah cubaan hijrah. Lantaran gagal untuk istiqamah.

ISTIQAMAH. Itulah yang tidak mudah. Terus dengan perubahan. Istiqamah jauh lebih sukar daripada berubah. 

Jika kita yakin, apa yang kita lakukan betul, maka teruskan. Tohmahan orang lain jangan dilayan. Tak semua orang kita boleh puaskan. Biar hina di mata manusia, asalkan mulia di sisi Tuhan. ^_^













p palang s : Elaborasi fail...

12 comments:

nurshamila said...

hehe mmg susah nk berubah. dah ok tu, abg naz, cam besa, your entry was superb! haha

CikMai said...

Sekarang kawan2 mai bnyk yang berubah hati sebab ramai cakap rugi amik diploma, tp mai rasa tetap nak istiqamah atas jalan diploma ni. :')

*ade kaitan tak dengan entry komen ni?nak luahkan perasaan je

ChEnTA LiEYza said...

lakukn phijrahn ke arah kebaikn..insyaallah... Allah pasti bersama...

mirmashi94 said...

yupp. untuk meneruskan perubahan, untuk menjadi komited itu yang susah sebanarnya. hehe.

p/s: tak dapat jugakk laa mara abang naz. heee ;).

✿Lady Ainaa✿ said...

betul2.. kita nie nk berkata2 memang senang tapi nk membuatnya secara berterusan sgt sussh.. semoga kita sentiasa mnjd org disygi oleh Allah

jelah said...

memang senang kalo nk berubah jdi jahat...

emeliena said...

Biar kita berubah ke arah kebaikan. Jangan berubah ke arah kejahatan :]

Cik Yatt said...

teruskan if bnda tu baik.. :)

dear yayah said...

btol2.. perubahan atau hijrah ke arah y lebih baik tu mmg perlukan kesabaran dan azam y tinggi.. pedulikan kata2 membunuh.. ahahaha

M Fizan said...

@nurshamila aduh, sha suka puji. hukhuk. thanks :)

@CikMai haha. luahan perasaan yang berkait dekat surface. istiqamah tu penting :)

@ChEnTA LiEYza insyaAllah. :)

M Fizan said...

@mirmashi94 hehe. rezeki kat lain tu mirmashi. la tahzan :)

@✿Lady Ainaa✿ ameen... istiqamah memang sukar :D

@jelah senang sangat. haha

M Fizan said...

@emeliena yeah, sokong seratus persen :)

@Cik Yatt betul betul betul :D

@dear yayah haha. kesabaran tu penting untuk istiqamah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif