Monday, June 4, 2012

Solat Lima Waktu




Assalamualaikum..
 
Korang apa khabar? Sihat? Rindu aku tak? Hahaha. Kepoyoan melanda di situ. Adik Sha mesti dah rindu kat aku. Hoho. ^_^
 
Okey, untuk tidak melengahkan masa korang yang sangat bernilai seperti emas di lombong, maka haruslah aku tidak memanjang-manjangkan mukadimah dalam ayat yang ekstra panjang ni. Entri aku hari ni pendek je. Berkaitan gambar kat atas tu.
 
Ya, solat. SEMPURNAKAH SOLAT KITA?
 
Yakinkah kita solat kita begitu baik dan sempurna? Belum bercerita tentang khusyuk. Minggu lepas aku ada dengar kuliah maghrib tentang kejahilan kita dalam beribadat. Sudahlah jahil, tidak mahu pula menimba ilmu.
 
Belajar tentang solat adalah fardhu ain. Ramai di antara kita yang solat tetapi solatnya tidak sah. Benar, kita tidak tahu. Jadi apa lagi ditunggu? Carilah ilmu. 
 
Kita dicipta untuk beribadat kepada Allah. Solat adalah tiang agama. Satu persoalan yang aku ingin ajukan, adakah solat kita menambah pahala atau sekadar menambah dosa? Wallahualam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p peluk s : Bagaimana solatku? u_u


6 comments:

✿Lady Ainaa✿ said...

sebb tu ade yg kata, seribu tahun kita solat sekali, hanya satu je yg Allah terima sebb tu kita kena terus menerus solat... tetapi itu yg lebih afdal.. jom la kita perbaiki solat kita.. ^.^

nurshamila said...

teruskan lah kepoyoan itu kerana ianya satu seni yg indah -.-

k rindu. hahaha.

ramai yg mengaku solat tapi still bt maksiat

ChEnTA LiEYza said...

solat itu tiang agama... sempurna solat mu... insyaallah...sempurna iman dan akhlak mu.... =)

msredcheesecake said...

Nak khusuk pun susah... Mesti ada something wrong somewhere...

M Fizan said...

@✿Lady Ainaa✿ huhu. baru tau ada orang kata macam tu. hoho. insya-Allah :)

@nurshamila indah seni poyo? :D tu solat tak sempurna punya pasal.

M Fizan said...

@ChEnTA LiEYza whoaaaa.. nice words :)

@msredcheesecake hehe. terlalu leka dengan dunia....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif