Friday, June 15, 2012

Satu Kelebihan

Assalamualaikum.

Sila jangan berhenti membaca. Mukadimah dan tujuan entri tiada hubungan saudara.

Kehangatan Euro 2012 berterusan dengan berlangsungnya aksi pusingan kedua Kumpulan C. Croatia bangkit dari ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Itali. Pilihan utama kejohanan, Sepanyol membenam cabaran Republik Ireland 4-0 dengan begitu garang sekali.

Ternyata para pemain Sepanyol memiliki kelebihan yang dicemburui lawan.


Kita seringkali bersungut dan merungut melihat orang lain memiliki kelebihan. Bukan korang la. Korang tak pernah mengeluh kan? Aku cakap pasal jirang korang. Eh, bukan jugak. Aku cakap ni kisah si polan bin si polan.

Pantang nampak orang lain lebih sikit, kita mula merungut. Apa yang kita nampak cuma kelebihan orang lain. Kelebihan kita sendiri kita tak pernah nak nilai. Kelebihan bukan sekadar dari segi jasmani atau fizikal. Tapi juga dari aspek rohani, emosi dan intelektual.

Sedar atau tidak, kita tak menghargai apa yang Allah jadikan untuk kita. Kita adalah anugerah terindah dari Ilahi untuk ibu bapa kita. Satu amanah. Ada pasangan yang tidak mendapat rezeki untuk menimang cahaya mata. Kelahiran kita menunjukkan kita istimewa. Kita satu kelebihan.

Apa yang ada pada kita boleh menjadi aset. Jika kita tahu bagaimana memanfaatkannya. Potensi itu ada. Terpulang kepada kita untuk mengembangkannya.

Kekurangan yang kita sangka ada pada diri kita mungkin satu kelebihan yang orang lain dambakan. Aku tak mahu memberi contoh yang spesifik kerana persepsi setiap orang berbeza. Sesuatu yang abstrak.

Berhentilah merungut kepada Tuhan. Setiap insan diciptakan dengan kelebihan. 












p tumbuk s : Terpanjang pulak...

3 comments:

Iffah Afeefah said...

nk p peluk s je. nmpk somel

erm betul kelebihan tu akan mnutup kkurngn kalo kite bijak

nurshamila said...

speechless..

M Fizan said...

@Iffah Afeefah haha. p kena tumbuk s jugak. bukan begitu. kekurangan mungkin satu kelebihan :)

@nurshamila haha. merepek :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif