Wednesday, June 6, 2012

I Want To Be.....


Assalamualaikum.

Tajuk tergantung. Nasib baik gambar tak tersesat dari kebenaran. Dapat jugak aku mempertahankan diri jika diserang. Bagus, mukadimah ada peningkatan. 

Cita-cita.

Korang pun mesti sama kan. Kecik-kecik ada cita-cita nak kerja lain. Bila tua sikit, jadi remaja, nak kerja lain pulak. Bila dah dewasa, tukar lagi kerjaya yang diinginkan. Akhirnya, tersasar jauh dari cita-cita masa zaman kanak-kanak. Segelintir yang bertuah berjaya menggapai impian.

Lantaran banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan. D-U-I-T. Doa, usaha, ikhtiar, tawakal. Ditambah pula dengan faktor tuah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kita hanya merancang, Allah jua menentukan.

Aku dulu kecik-kecik nak jadi doktor. Kebanyakan kita memang ada cita-cita ni suatu masa nan silam kan. Kalau semua nak jadi doktor, kerja lain siapa nak ambik? Haha. Besar sikit aku nak jadi pelakon. Tapi rupa pulak tak ada.

Masuk usia remaja, aku nak jadi pemain bola sepak. Stamina tak cukup. Mimpi tinggal mimpi.

Berkat doa ibu yang nak sangat aku jadi seorang doktor, maka hari ni aku berada di laluan tepat dengan biasiswa persekutuan JPA. Alhamdulillah, moga aku tak mengecewakan umi dan ayahku.

Apa pun takdir Allah janjikan untuk aku, aku nak kerjaya yang halal. Lebih penting, aku ada cita-cita nak jadi suami yang soleh dan bapa yang mithali. ^_^










p palang s : Kau ada?

10 comments:

nurshamila said...

yaa bagus betul. cam perli ja. kah3

title tu mengingatkan ex students spm pasal tajuk essay yg common sesangat. hahaa

msredcheesecake said...

Bakal doktor yea? Good luck in whatever u do...

nurshamila said...

haa lupa pulak. sha lambat tgk2 entry abg sebab bz cket. bajet abg tunggu lettew. hahaa. baru sehari tinggal, dah berlambak entry baru abg. fuhh, nasib baik sempat kejar

AmyZana said...

Sye dah besar xtaulah nk jd ape. Dulu waktu tadika dulu cita2 sye nk jd monyet -.-

aydah ahmad said...

i want to be a billionaire . errr .

M Fizan said...

@nurshamila haha. memang pun. abg ingat tajuk esei spm la ni. wuhuhu. xpa sha. abg tau sha busy jadi student. hoho. thanks sbb luangkan masa untuk komen :)

@msredcheesecake insyaAllah.. thanks msred :)

cik lala said...

gud luck..

dulu kecik2 cik nak jadi polis trafik@cikgu..

merasa gaklh jd cikgu skolh menengah 3bln sbb ganti cikgu besalin..lpas tu taubat dh jd cikgu..
besar tgjwb wei..bdk skrg xmcm bdk dlu2...

tp smpai skrg cik teringin sgt nk jd polis trafik..tp apakan daya kerjayaku skrg sbgai PA..huhuhuhu..

M Fizan said...

@AmyZana haha. tipu la! saya dulu nak jadi kucing. miau2..

@aydah ahmad hehe. me too! nak jadi orang kaya banyak duit!

Hanie Dew said...

maknanya ko dlm kategori bertuah la akan capai cita cita masa kecik ko. dulu kecik kecik punaku nak jd doktor.takut pulak nak tgk mayat tu, nak jd peguam la, pramugari la(tgn ke bahu mata ke atas), pilot(hambek ko)..

darjah 1 cikgu tanya cita2 sorg2, aku jawab nak js penyanyi(tak ble bla)..sekali cikgu aku ckp kuat 2, "penyanyi tu bukan cita2 ye syg".. perrghh...rasa nak lari slow motion balek rumah terus...malu!

M Fizan said...

@Hanie Dew alhamdulillah, rezeki Allah. dengan izin-Nya, dapat lar capai cita-cita tu. haha. cikgu tu tak patut jadi cikgu. penyanyi tu pun cita-cita jugak la.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif