Welcome To My Life...

Saturday, June 16, 2012

Kisah Kucing

Assalamualaikum.

Euro 2012 berterusan dengan aksi Kumpulan D pula. Perancis mengatasi tuan rumah bersama, Ukraine, 2-0 dan ternyata terlalu perkasa. Pasukan pilihan aku, England, menghadirkan ceria. Nyaris-nyaris seri, diorang menang 3-2. Yee-ha!

Ahaaa. Hari ni aku nak cerita pasal kucing. Bila sebut kucing, cos of lar tak ada moral dalam penulisan aku kali ni. Haha. Asyik pengajaran je. 

Bila aku pergi kedai makan je, mesti ada kucing datang bermanja dekat kaki aku. Macam-macam saiz. Aneka jenis. Pelbagai warna. Penuh variasi. 

Somel!

Kucing yang manja-manja belaka tu bukan lar macam kucing dalam gambar kat atas ni. Bukan anak-anak, tapi mak-mak dan bapak-bapak kucing. Asyik buat muka kesian kat kaki aku, memang nak dikakikan lar kan? Hoho. Nasib baik aku berperikemanusiaan lagi.

Yang tak syoknya, adik aku yang enam tahun tu takut kucing. Aku nak makan pun tak senang. Nak kena halau kucing. Padahal kucing tu tak kacau dia pun. Overacting! Dah selalu sangat memang menguji kesabaran lar.

Ayah aku cakap, adik aku datang kedai makan bukan makan sangat. Sibuk jaga kucing. Asyik periksa kalau kucing ada kat bawah meja. Haha. Kalau ada, siapa lagi yang bertanggungjawab? Aku jugak... Abang mithali yang berkhidmat menjaga adik daripada gangguan kucing.

Dengan aku sekali kena jaga kucing. Dilema betul. Kucing oh kucing....










p palang s : Suka tengok kucing somel...


6 comments:

Nurul Ain said...

saya ada kucing.. 6 ekor.. nk tlg jagekan x? haha

zuhaida said...

kucing memang comel pun. lagi-lagi yang tembam2. hihik :D

Unknown said...

asal link awk kat bloglist sy xdpt dtct eh

ermm xbpe gemar kucen

Deleted said...

laa pasaipa dy takut kucing? comel what. huhu

M Fizan said...

@The Chocolate Oreo tak nak la. suka tengok je. haha

@zuhaida haha. kalau dah mengganggu, memang menyakitkan hati la comel pun. ^^

@Iffah Afeefah kenapa? trauma? :D

M Fizan said...

@nurshamila huhu. mana nak tau. geram jugak!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif