Assalamualaikum.
Salam kasih sayang.
Kemeriahan temasya Euro 2012 berterusan. Pasukan pilihan utama kejohanan, Sepanyol gagal memperoleh kemenangan selepas seri 1-1 dengan Itali. Kemudiannya Croatia beraksi garang membenam Ireland 3-1. Saingan kian rancak. Api impian kian marak.
Itulah hakikat yang nyata.
Malam tadi aku menjadi tetamu rumah Allah. Aku solat Isyak di Masjid Terapung Kuala Perlis. Selepas kenyang makan malam di sana. Aku bersila di atas karpet biru. Memandang satu hiasan dalaman yang mengagumkan. Indah. Mempesona. Menakjubkan.
Sayang sekali masjid itu kosong seperti jua masjid-masjid lain yang dibina mahal. Berdiri megah tidak berpenghuni. Mujurlah masih ada separuh saf lagi yang menyahut seruan azan. Marilah menuju solat. Marilah menuju kejayaan. Ternyata sekali bilangan pembesar suara yang ada di dalam masjid itu lebih ramai daripada penghuni yang menunaikan solat.
Hakikat yang begitu pahit untuk ditelan.
Di mana pengejar-pengejar harta? Di mana pencinta-pencinta dunia? Adakah kita dicipta untuk lupa kepada Pencipta? Adakah rumah Allah dibina untuk dibanggakan saja?
Masjid dibina begitu gemilang. Tapi sayang, pendingin hawa lebih banyak daripada orang. Sungguh malang.
p tumbuk s : Pesanan buat diri sendiri jua..
7 comments:
kebykkan org skrg pentingkan keduniaan dri akhirat yg kekal abadi tu.. MasyaAllah... sedihlah manusia skrg ni
ramai yang kejar dunia lupakan akhirat.
stay up sebab EURO sanggup.nak QIAM tak ramai.terasa gua.haha
biasalah bang. masjid bt byk2 tp org tak p pon. abah penah ckp kat sha, ada tok arab yg mai solat kat masjid kita kata; lapang masjid kat malayia ni, tak mcm kat sana, sempit. haha dy perli tuh
tah nye..nak salahkan euro tu aku rasa game start lewat.xkan standby kat kedai mamak sebelum waktu isyak lg kut.
euro tak eurp, bola tak bola, semua tu dr diri sendiri jugak. kalau takde euro takda bola pun kosong jugak masjid tu.
ps: gugirl mmg tak habs2 ngan korea.xpe asal tak fanatik sampai lupa diri..hikhikhik..
mujurlah kau tetamu yang bertuah =)
@✿Lady Ainaa✿ demi masa, sesungguhnya manusia kerugian :)
@kaki bola haha. gua pun. sama-sama lar kita saling mengingatkan :)
@nurshamila haha. tok arab ni bagus gila. siap perli tu. memalukan.
@Hanie Dew ini bukan sebab euro je. sepanjang tahun pun sama.... huhu. ramai yang terlalu mengejar dunia.
p/s : biasa fanatik memang sampai lupa diri. huahuahua
@al_hakim alhamdulillah, nak pegi mekah pulak :)
Post a Comment