Welcome To My Life...

Thursday, June 14, 2012

Tunang Oh Tunang

Assalamualaikum.

Selepas huruf K, bukan huruf C. Selepas Kumpulan A, giliran Kumpulan B. Sempat lagi aku berpantun dua kerat. Haha. Kumpulan Maut Euro 2012 menyaksikan hiburan berterusan. 

Portugal hampir diikat Denmark sebelum gol lewat permainan daripada pemain gantian memberikan kemenangan 3-2. Seterusnya aksi menghiburkan antara dua pilihan utama kejohanan, Jerman versus Belanda berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Jerman.

Sambil tengok bola, aku blogjogging. Dah lama Akak Schaze tak singgah diari aku ni. Tup tup dah bertunang. Wahhh, seronok lar beliau. Selangkah lagi untuk mendirikan masjid idaman pasangan berkasih. 


Tahniah Sis Schaze! Orang kata bila bertunang ni, cabaran dan dugaan tu makin kuat. Lebih hebat berbanding semasa berkasih tanpa ikatan. Masa ni lar cemburu tu lebih sikit. Haaa, aku doakan yang baik-baik saja buat beliau dan pasangan. Moga bahagia selamanya.

Korang jangan ucap tahniah kat aku. Pergi ucap kepada beliau di blognya. Haha. Aku pun nak bertunang jugak. Tapi.... sob sob. Umi, saya nak bertunang jugak!












p cium s : Mengada-ngada....


4 comments:

Unknown said...

amboiiihhh nk bertunang gak tu

tggu sume da sampai seru

ley la tunang

Deleted said...

haha selamat bertunang abg naz. nanti jemput sha p kenduri k. hahaha ops silap orang. yeah. kbai.

nazirah said...

hee yup dugaan tunang mmg sgt hebat.. huhu.. bcoz i am darah manis jugak hehe.. slmt bertunang tuk blogger tersebut dan menempuh alam darah manis ;)

M Fizan said...

@Iffah Afeefah huhu. insyaAllah. bila sampai masanya, tak nak lambatkan :)

@nurshamila hahaha. dah baca silap orang lagi memang nak kena.

@nazirah tunangan orang jugak ke? hehe. darah manis rupanya.... nak kawin nanti jemput la.....^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif