Welcome To My Life...

Tuesday, June 26, 2012

Jom Tengok Wayang

Assalamualaikum.

Adakah aku ajak tengok wayang kerna Malaysia menang? Atau kerana aku dah nak habis cuti? Biarkan semua itu menjadi persoalan. Sebab aku tak ada jawapan. Harharhar.

Ekceli aku nak tanya korang. Korang suka tonton filem terbaru dan terkini kat mana? Aku tau mesti ramai yang suka tengok filem baru keluar di pawagam. Situasi yang lebih happening, gambar besar baik punya cilok, dan kepuasan lebih terasa. Eh, aku cerita soal kepuasan? Dem! Kalau untung, boleh layan 'wayang' ekstra. Hikhik.



Kepuasan tu kan subjektif. Ada yang lebih puas tengok kat rumah. Beli VCD atau DVD. Eh, puhlisss... Sekarang dah ada Astro First. Beli movie, dah boleh tengok kat rumah. Apa ada hal? Ditambah pulak TV 90 inci besar macam gajah, memang terbaik dari ladang lar. Mau tak puas lagi macam tu?

Ada jugak orang macam aku. Seumur hidup aku, sekali jer aku pernah pergi pawagam tengok wayang. Korang tak percaya? Sob sob. Memang sadis. Bagi aku, tak ada apa pun kat pawagam tu. Gelap. Memang sesuai nak buat 'wayang'.

Aku lagi suka download filem dan tengok bersendirian. Lambat sikit lar. Tak macam kat pawagam tu boleh tengok filem paling terbaru. Latest aku tengok filem X : Janda-Jandaku Gangster. Sekarang aku tunggu filem Bohsia 2, Mael Lambung dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang. 

Eh, nak tau tak? Sedih siot filem Gerimis Mengundang. Aku tacing habis. Tajuk macam hari nak hujan. Aku layan sorang-sorang sampai rasa sebak gila. Tak kan aku a.k.a lelaki Melayu terakhir nak nangis kat pawagam? Tak macho lar beb. Aku nangis kat bilik kan senang. Eh, serius doh! Gerimis Mengundang macam Titanic. Apa yang sama? Tengok sendiri eh...

Masing-masing ada tempat kegemaran nak tengok movie. Aku tak kata pergi pawagam tu salah, berdosa, haram atau sebagainya. Setiap orang ada pendapat sendiri. Bak kata siapa entah, rambut sama hitam, hati warna-warni. Chill. Wassalam ^_^











p palang s : Lambatnya JieAzz upload....



10 comments:

cik lala said...

serius ke sekali je pergi..?
biar betik...

Kat pawagam boleh tengok sebesar2 alam tp xlah sampai tiap2 bln wajib tgok wayang..
cik lala tgok mood & keterujaan nk tgok satu2 cerita..

kdg2 frust gak tgok poster gempak tp cerita hampeh..keciwa..

gerimis mengundang..?? tetiba mood nk carik crita tu..
dah, kesat air mata tu..huhu

nini said...

teringin nak tengok hanya aku cinta kau seorang...lagu dia bestttt...=p

vendoline said...

aku pkai LCD ja..ehehhe untuk sorang, cukup puas

Eera Shera said...

kalo sy klua tgk wyg bila kelua dgn kwn2 atau saje nk blnje adik2. kdg2 tu nyesal gak bila cite tah pape buang duit je haha..lyn sensorg mmg feeling abeh. kalo kt wyg nk nangis x jd rmi sgt hoho

M Fizan said...

@cik lala biarkan betik tu.. memang sekali je kak.. ish3, percaya la.. huhu.

haaa. cerita pasal teruja mesti cintan nie :D

poster tak melambangkan cerita cik. heheh. hoho. mesti ada risiko kuciwa..

huhu. best sangat cik. confirm leleh :'(

@nini cos of. cari mp3 full song takde. sob sob

M Fizan said...

@Edy Fee haha. sorang-sorang aku tengok laptop aje :)

@Eera Shera wahh, belanja adik? belanja saya ea. hahaha. kalau kat wayang apa barang nangis? ^_^

cik lala said...

xkisahlah cerita apa..lynkan aje melainkan cerita org putih yg pelik2..ala yg muka xde rupa manusia tu...ei..seram!

M Fizan said...

@cik lala xde rupa manusia? alien ke cik? mesti E.T kan? hoho. cita omputeh yang cintan best lar :D

Deleted said...

k gimme five. sama la, sha pon baru 2 kali jejak panggung. haha lebih suka download pastu tgk mlm sampai ke pg. perghh baru layan. haah tgk dlm bilik, tak dak cover2. kah3

M Fizan said...

@nurshamila takdak apa kat panggung tu. huhu. tengok ulang-ulang dari malam sampai pagi lagi best :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif