Thursday, June 21, 2012

Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum.

Tik tok. Jarum jam terus menari. Seperti mengikut rentak lagu rancak. Begitu pantas. Pasti enak diulit mimpi jika mata terpejam. Tetapi mata ini masih segar. 11.15 minit malam.

Aku ke terapi percuma Alpha One setiap hari. Sudah dua minggu aku tidak melepaskan peluang. Dalam entri lain aku akan terangkan buat korang yang tak tahu. Apa yang ingin aku kongsikan adalah satu lontaran persoalan.

Siapakah yang sudi menderma organ? Siapa yang sudi berkorban anggota badan untuk menyelamatkan orang lain yang memerlukan? Siapa yang sudi menurunkan tanda tangan mengizinkan anggota badan didermakan? Siapa? Sanggupkah kita? Ya, ada yang sanggup. Dan ada yang tidak. Itu bukan persoalan pokok entri ini.

Aku jadi tertarik dengan satu lagi persoalan. Jika orang tersayang terlantar sakit, sudikah kita menderma organ kita? Misalnya, seorang isteri menderita kesakitan, sanggupkah suami menyerahkan anggota badannya atas nama pengorbanan? Benarkah sanggup? Seberapa yakin?


 Yes? No? Maybe?

Hati wanita mungkin lebih lembut dan suci untuk berkorban. Seorang ibu menderma organ kepada anaknya. Itu biasa kita dengar. Banyak-banyak. Lelaki kepada kekasihnya? Sikit-sikit. Anak kepada ibu? Jarang-jarang. Suami kepada isteri? Kadang-kadang. Dah macam Nujum Pak Belalang aku ni.

Jaranglah nak dengar suami menderma organ kepada isteri. Malah mungkin ditinggalkan isteri yang sedang menderita. Aku tak kata semua ya. Masih ada manusia berhati suci dalam lautan manusia tak berperikemanusiaan. Masih ada setulus insan yang berkorban untuk orang yang tersayang. Benar, masih ada.

Sanggupkah aku menderma organ? Jangankan kepada orang lain. Sanggupkah aku berkorban untuk keluarga atau saudara mara? Bagaimana dengan korang?

Tepuk dada tanya keberanian. Berkorban apa saja? Err...











p palang s : Berkorban dan terkorban tak sama..


13 comments:

nurshamila said...

sebelum ni ada terpikir the same thing jgk. entah la, mungkin sbb kita tak berdepan dgn situasi yg memerlukan kita untuk berkorban. so, tak boleh decide. yes, no, maybe..nice info abg naz

M Fizan said...

@nurshamila huhu. juz imagine that situation happens. thanks sha :)

nurshamila said...

klu camtu, kena tgk untuk siapa kita perlu berkorban. klu mak abah, insyaallah sha sanggup

Eera Shera said...

ape jwpnnye? sggup x awk bekorban? hehe..tu la x ada dlm situasi tu lg so x tau nk ckp mcm mana..penah tepikir gak. derma darah pun x penah sbb penakot kan haha..derma organ emm x tau la..mgkin utk family kna bekorban..dah syg kan

cik lala said...

Mungkin sanggup...

dulu cik lala nak derma darah utk arwah ayah tapi masa tu bawah umur so doktor tak benarkan..

tapi kalau bab organ mungkin sanggup jugak kalau boleh...utk keluarga dengan suami tak mengapa tapi untuk orang luar mungkin ye mungkin tak..tengok situasi dulu...

chemay said...

insyaAllah chemay akan dermakan.
dari dulu lagi chemay cakap.
if chemay meninggal nanti,
chemay nak dermakan anggota chemay untuk those in need.
tapi family macam tak berapa sokong.
sebab diorang nak chemay dikebumikan dalam keadaan sempurna.
hmmmm.
entahlaaa
:')

Inspector Saahab said...

lama tak singgah
hi anda ;)

Syazana Zainn said...

same with me, dunno wat to do
tp kalau ikot pembacaan derma organ ni kena org yg dah meninggal atau otak mati

so kalau untuk yg hidup ni selalunya bg kes organ yg ada 2 eg; ginjal

tp i must think twice kalo nak derma sbb tak pernah alami situasi ni

p/s: terpengaruh dgn cerita dejavu ke ni?hihi

syafiqakarim said...

kalau org tu org tersayang.rela.

M Fizan said...

@nurshamila ameen. alhamdulillah, moga jawapan sha tulus :)

@Eera Shera haha. tett. speechless. mungkin faktor sayang tu akan menghilangkan segala ragu...

@cik lala huhu. untuk orang tersayang pun dah cukup susah. tu saya cakap. suami kepada isteri pun belum tentu nak derma organ. huhuhu. tapi mungkin kerna cinta jawapannya berbeza.

M Fizan said...

@chemay mulia betul hati nurse chemay ni. huhu. memang ramai yang terhalang kerna famili. ramai yang nak ahli keluarga dikebumikan sempurna. terhalang niat suci. saya faham :')

@Syazana Zainn huhu. bukan dejavu. sebab gi terapi alpha one. well, ni cerita lepas mati la. hidup tak banyak organ boleh derma. huhu. ramai famili tak bagi sebab nanti tak sempurna jasad.

@syafiqakarim seberapa yakinkah? :)

cik lala said...

yup sy mengaku demi cinta mmg sanggup..utk apa saya sihat tp si dia tanggung derita kan..
kalau boleh nk sehidup semati...

mgkn ayat mcm novelis tp tulah hakikatnya...

M Fizan said...

@cik lala alhamdulillah, saya tau masih ramai insan berhati suci macam cik :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif