Tuesday, June 5, 2012

Tak Cukup!


Assalamualaikum.

Tak cukup! Mana cukup! Itu rungutan Senah kepada suaminya, Sameon. Itu jugalah bebelan Mak Jenab kepada Pak Awang. Bukan emas berlian yang tak cukup. Bukan periuk kuali yang tak penuh almari. Tidak sama sekali.

MASA. WAKTU. TIME. Dan perkataan yang sama maknanya. 

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Lirik lagu nasyid kumpulan Raihan yang diilhamkan daripada surah al-Asr ayat 1 hingga 3.

Kita selalu mengeluh. Tidak cukup masa. Sama jua diri ini. Masa terlalu pantas. Tadi aku tengok jam 0820. Ngok ngek ngik ngak (buat macam-macam), tengok jam balik dah 0900. Rasa macam baru lima minit. Siapa pusing jam ni????

Itulah kita. Sering saja berfikir bahawa masa yang kita ada tidak cukup untuk melakukan semua yang kita inginkan. Apa sebabnya? Ya, kita selalu membazirkan masa dengan perkara lagha dan tidak berfaedah. Kita suka bertangguh-tangguh. Lumrah.

Maka hargailah masa yang ada. Gunakan masa yang ada untuk melakukan sesuatu mengikut prioriti dan lakukanlah perkara yang memberi kita saham akhirat. Kerna itulah destinasi kita. Wallahualam. ^_^











p peluk s : Elaborasi hentam sajalah...


5 comments:

cik lala said...

yup..
rasa mcm malas je bila hr isnin..
xde mud nk keje..
pejam celik pejam celik..dh hr rabu..esok khms..

nota kaki : nsb baik pejam celik..kalau pejam xcelik2,xsempat nk buat ape dh...

nurshamila said...

haha tulah, rasa cepat sgt. eh jam rosak ka nih? haha

M Fizan said...

@cik lala haha. tu takpe lagi. pejam celik, isnin. pejam lagi, celik lagi, dah isnin tiga minggu kemudian. damn!

@nurshamila haha. jam tak rosak. tapi masa berlari....

cik lala said...

yelah pasal stdy pn mcm tu gak..esok nk studylh...
"eh esoklh..esoklh...bla bla..."

"eh esok nk exam..matilh..."

M Fizan said...

@cik lala hahaha. memang lumrah. nak study kononnya cuti ni. tapi esok esok sampai ke sudah.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif