Saturday, June 23, 2012

Irresistible


Assalamualaikum.

Malam kelmarin aku bangun tengok bola lagi. Sepatutnya entri ni post petang tadi. Tapi aku terlelap. Masa perlawanan berlangsung pulak, aku tertidur sepanjang separuh masa pertama. Haha. Bila bangun tu baru rasa segar sikit. Nasib baik tak terlepas gol tunggal.
Kehangatan Euro 2012 berterusan dengan aksi pusingan kalah mati peringkat suku akhir. Juara kumpulan A menentang naib juara kumpulan B. Republik Czech versus Portugal. Keputusan perlawanan adalah seperti yang diramal dan dijangka namun margin tidak sebesar mana.

Republik Czech membuat kejutan apabila menjuarai Kumpulan A ketika pilihan utama, Rusia, tersingkir. Apa yang pasti buat Republik Czech adalah mereka terpaksa menentang mana-mana lawan yang mara daripada Kumpulan Maut. Lawan yang ditentang pastinya cukup kental untuk melepasi kesukaran saingan peringkat kumpulan. Malang sekali buat Czech, mereka harus menghadapi wira-wira Portugis.

Portugal mengecewakan harapan Denmark dan pilihan hangat, Belanda, untuk mara mengiringi Jerman ke pertembungan lapan terbaik. Diterajui Cristiano Ronaldo, barisan Portugal menentang Czech yang menjuarai kumpulan paling lemah. Di atas kertas, orang-orang Portugis diletakkan sebagai pilihan untuk menang mudah.

Tiada keajaiban berlaku. Maka Republik Czech akur dan merelakan slot separuh akhir pertama diisi oleh Portugal. Cristiano Ronaldo menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika perlawanan hampir memasuki sepuluh minit yang terakhir. Joao Moutinho melakukan larian pintar di bahagian sayap kanan dan melintangkan bola sempurna untuk ditanduk. Ronaldo memintas ke hadapan Theo Gebre Selassie dan menanduk bola ke tanah, melepasi Petr Cech dan terus ke jaring.

Republik Czech harus menyalahkan diri sendiri kerna mempersiakan penguasaan awal. Diorang memberi Portugal keyakinan dan selepas itu, perlawanan berat sebelah. Czech mengharapkan serangan balas pantas tetapi tidak berhasil. Malah Ronaldo pula yang menghentam tiang dua kali. Kehandalan Cristiano Ronaldo gagal dikekang Republik Czech.

Selamat tinggal hero-hero Czech. Perwira Portugis mara menuju jaya. Selangkah saja lagi dari pentas akhir. Cristiano Ronaldo mengintai peluang untuk mempersembahkan kebolehannya yang tidak dapat diragui lagi. Sasaran utama pastinya anugerah Ballon D'Or untuk pemain terbaik dunia. Jika Sepanyol atau Perancis dilepasi, Lionel Messi pasti sukar mengekalkan gelaran yang disandangnya dari pesaing nombor satunya dari negara Portugal.













p palang s : Esei sekolah menengah ke apa ni?



3 comments:

nurshamila said...

tak dapat nak komen papa *as usual. haha

p/s : ni esei seorang yg sgt mahir dan puitis berbahasa. erk, btoi ka dak ayat nih? ignore. hahaha

nik rosmawati said...

memang mcm baca karangan la ni :)

M Fizan said...

@nurshamila mahir la sangat. haha. entri bola ni sebagai diari ja. sori sebab sha terpaksa baca :)

@nik rosmawati haha. esei untuk post-grad.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif