Sunday, June 17, 2012

Jom Makan Durian

Assalamualaikum.

Wahh, tajuk entri dah macam kempen pulak. Kempen "Jom Makan Durian". Hoho. Sambungan entri 'Kisah Pepatung'. Semalam, on the way nak pergi makan moi sup tu, aku terliur tengok orang jual durian. Rasa mengidam pulak. Lama dah tak makan durian.

Dalam perjalanan pulang, aku cakap kat ayahanda nak beli durian. Maka ayah pun dengan baik hatinya berhenti untuk beli durian. Kebetulan sebelum kitorang keluar, kakak sulung aku balik dari Arau. Durian akan dibeli untuk santapan seisi keluarga.

Aku yang pergi membeli dengan umi dan adik aku yang umur enam tahun tu. Ada dua longgok. Satu longgok RM5 sekilo. Dan yang satu lagi RM6 sekilo. Umi aku suruh beli dua bijik daripada setiap satu longgok.

Akulah yang pilih. Ada satu tu isinya keras. Belum masak lagi. Pak cik yang jual tu terus campak masuk dalam satu bakul khas. Yang lain semuanya okey. Hanya lima bijik saja diperiksa dan aku dah dapat empat yang dikehendaki. Semua sekali berharga RM38. Ayah aku tanya kenapa tak habiskan RM50 yang dia bagi.

Cukuplah yang ada kan. Orang tamak selalu rugi. ^_^

Lepas solat isyak, masa untuk makan durian....


Satu je gambar. Nanti banyak-banyak korang jeles pulak. Hoho. Memang masak sungguh durian-durian yang aku pilih. Alhamdulillah, rezeki Allah. Jeles tak? Jeles tak? Mesti lepas ni korang terus cari durian. Raja buah ni memang manis. Sedap sampai menjilat jari...

Kalau korang ada dusun durian, jangan malu dan segan untuk bagitau yer. Alaaa, bukan apa pun. Aku nak mintak tolong kirimkan sebakul secara percuma. Percuma yer, bukan berbayar. Haha. Buat baik dapat pahala tau. ^_^











p palang s : Nak durian lagi...


3 comments:

nurshamila said...

durian kat tanah merah sedap. huhu, tak jeles pon. jap g p beli. kah3

Syazana Zainn said...

saya tak boleh makan durian

bila bau je pun mesti sampai muntah2 -,-'

adoiyai.

M Fizan said...

@nurshamila kah3. nak beli kat mana? sedapkan hati sendiri je :P

@Syazana Zainn huhu. kesian. durian raja buah. sedap :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif