Saturday, June 23, 2012

Pentingkan Diri

Assalamualaikum.

Siapa yang pentingkan diri? Aku ke 'dia'? Dia atau aku? 

Itu bukan persoalan di sini. Persoalannya, salah ke kalau kita pentingkan diri? Tak boleh ke kita nak pentingkan diri sendiri? Kerana dirimu begitu berharga.

Begitu ramai dalam kalangan kita yang sangat baik hati. Sampai orang lain pijak. Orang lain tak ada rasa hormat pada dia. Orang lain pergunakan. Sehingga dia jadi mangsa atas kebaikan dirinya. Salahkah dia menjadi seorang yang baik?

Well, that is a question for another day. Bukan korang yang aku maksudkan 'orang lain' tu. Orang Malaysia baik-baik belaka. Orang lain tu kat negara Jamaica, Nicaragua dan Guyana. Korang jangan risau. Aku tau korang semua takkan ambik kesempatan atas kebaikan teramat sangat orang lain. 

Kita selalu jumpa orang yang terlalu baik ni. Ada je di sekeliling kita. Kalau kita tak tengok diri sendiri je, mesti nampak orang macam ni. Dia cuba memuaskan hati orang lain sampai diri sendiri terjejas. Orang suruh buat itu, dia buat. Orang suruh buat ini pun dia buat. Tak sanggup mengecewakan orang lain. Sehingga dia berada dalam kesusahan.

Aku masih ingat kata-kata Mat Luthfi. Ada beza antara pengorbanan dan kebodohan. Ada garisan antara baik hati dan terlalu baik. Orang yang baik hati pun tolong orang lain jugak. Tapi tak sampai menyusahkan diri macam orang yang terlalu baik. 

Sebelum aku merapu lebih panjang. Mari kita menuju konklusi. Topik ini subjektif. Bagi aku, kadang-kadang kita perlu pentingkan diri. Bukan bermaksud kita hanya pentingkan diri sendiri sampai tak pedulikan orang lain. Apa yang aku cuba sampaikan, ada ketika dan situasinya, kita perlu juga fikirkan diri kita. Sebab apa? Kerana dirimu begitu berharga...











p cium s : Nak tengok Doraemon...


8 comments:

chemay said...

takleh buat baik sangat dengan semua orang.
nanti kena pijak kan?
:)

*nnti kalau ada movie doreamon kat cinema. kita gi tgk sama2 nak? :P

shahirah hairudin said...

kadang2 kita juga perlu mementingkan diri kita utk seketika ^^

nik rosmawati said...

perlu ade sikap pentingkan diri sendiri.kalau tak org senang nak pijak.lagi2 kalau keje ngan org yg asyik nak menang jea :)

M Fizan said...

@chemay boleh buat baik. tapi jangan baik sangat. biar berpada. :)

p/s : hoho. nurse ni perli :p

cik lala said...

yelah..krn diriku begitu beharga..dah mcm iklanlah pulok ;p

xpe buat baik dengan orang tapi berpada-padalah...

M Fizan said...

@shahirah hairudin selalu pun takpe :D

@nik rosmawati haha. kalau orang asyik nak menang payah jugak.

@cik lala yup berpada-pada. tak boleh baik sangat :D

nurshamila said...

em ikut situation la kan? klu permintaan dy tak melampau, boleh ja tolong tp klu dah sampai bikin trouble kat diri senirik, padah jgk tuh

M Fizan said...

@nurshamila yup. depends. sometimes kita kena pentingkan diri kita.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif