Tuesday, June 12, 2012

Hati Lelaki Part 2

Assalamualaikum.

Hari keempat Euro 2012 meninggalkan kita. Kumpulan D membuka cerita. England mengikat Perancis untuk seri satu sama. Tuan rumah memahat kisah dongeng seribu generasi. Ketinggalan satu gol, mereka bangkit kembali. Kemenangan 2-1 haruslah dipuji. Ukraine memaksa Sweden menggigit jari.

Okey, mukadimah Euro lagi. Menutup kegagalan pembuka bicara yang selalu saja gagal.

Korang pernah dengar tak lagu Hati Lelaki? Mesti tak pernah dengar kan? Lagu ni tak pernah berkumandang di corong radio. Lagu ni tak pernah keluar akhbar. Sebab lagu ni hanya karya seorang blogger picisan.

Aku pernah kongsi di blog ni video lagu Hati Lelaki lebih sebulan lepas. Masa tu video tu agak membosankan sebab cuma ada gambar kaku. Pembaharuan aka transformasi dilakukan.

Inilah hasilnya. Video dengan lirik untuk memudahkan korang menangkap butir nyanyian yang ada sedikit mencabar pendengaran. Sudilah kiranya korang luangkan masa untuk dengar luahan hati seorang lelaki.



Kepada yang dah pernah dengar, mesti tahu kan lagu ini terhasil daripada puisi aku masa muda dulu. Apa komen korang? Bagaimana liriknya? Bagaimana pula dengan nyanyian?











p palang s : Gemuruh jiwa..

7 comments:

schaze zainn said...

tak minta tgk bola -,-

tp kalo harimau malaya bleh tgk pulak..HAHA

Hanie Dew said...

sedih sikit france seri..wuwu..xpe.ada peluang lagi kot.

waaahh..ko tukar profession jadi komposer sekarg?

malagnya aku xdpt tgk vid ko kat ofis kene block.tgk kat rumah la nampaknya.

MimieRara said...

Everywhere, people are talking about EURO. I know nothing about Euro. Hihi

nur amira bt amat said...

spesis baru gila bola telah ditemui..XD

nurshamila said...

alaa ingatkan ada video. napa tak tunjuk muka geng2 abg?

M Fizan said...

@schaze zainn haha. harimau malaya tu wakil malaysia. wajib sokong :)

@Hanie Dew france fans ke?? haha. kesian... yup, profesion baru. nanti tengok tau! :D

@MimieRara huhu. euro is bola. bola is euro.

M Fizan said...

@nur amira bt amat haha. spesies yang terpencil dan unik.

@nurshamila haha. nanti la. on the way aka dalam proses. dalam pembikinan!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif