Welcome To My Life...

Friday, June 29, 2012

Sekadar Itu Kumampu

Assalamualaikum.

Entri pembuka selera : Kerana PHD

Semalam masa aku berFB, ada sorang kawan INTEC update status dia dah dapat result. Aku terus jadi cuak dan tertanya-tanya. "Biar betul ni? Tak mungkin...." hati aku bermonolog sendirian. Aku ada sebab untuk mengatakan tak mungkin. Juga kerana aku takut berdepan kemungkinan. Harhar.

Bukan apa. Keputusan sem pertama dulu aku dapat lepas bukak semester kedua. Kitorang bincang dalam kelas dan baru keputusan dimasukkan dalam sistem. Kali ni keputusan dah masuk sistem. Aik, biar bonar.

Aku pun terus bukak portal pelajar. Periksa je kan. Mana tahu memang dah keluar. Bukan rugi pun periksa. Dengan tangan yang menggeletar, aku bukak Exam Result dan pilih semester. Ada dua untuk Jan-Jun 2012. Aku pilih yang bawah. Dan End of Semester Examination.

Tettt. No results found. Aku tak puas hati. Aku pilih pulak yang atas.


Jeng jeng jeng. Fuhh, seperti yang dijangka. Alhamdulillah, meningkat sikit.

Walaupun tak melepasi cut-off point yang dikehendaki penaja (satu mata tak cukup), aku masih bersyukur kerana itu saja yang aku termampu. Untuk pengetahuan korang, aku tak pakai sistem pointer 4 rata. Setiap gred A membawa lima mata, B empat, C tiga dan begitulah seterusnya. Aku ambik tiga subjek saja. Jadi mata maksimum seharusnya lima belas. Tapi aku dapat tetttt. Terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. *Nampak sangat rendah.


Alhamdulillah subjek Matematik meningkat. Ekceli sem pertama yang di luar jangkaan. Terkejut aku bila sem lepas dapat B. Final exam semester pertama aku buat teruk sangat. Syukur kali ni dapat gred A. Aku tahu kemampuan aku. Subjek ni feberet aku. 

Biologi, agak kuciwa sikit. Sebab aku target satu gred lebih tinggi. Mungkin sikit lagi nak dapat. Nanti bukak sem baru dapat lar aku tengok. Kimia, ini yang aku rasa bertuah. Aku risau gagal sebab final exam semester kedua memang sangat killer dan thriller sampai aku nak giler! Aku risau sangat-sangat plus cuak tahap terakhir. Akhirnya aku menghembuskan nafas kelegaan. Terima kasih ya Allah.

Aku akan cuba untuk melakukan lebih baik untuk sem ketiga. Aku masih belum memuaskan hati umi dan ayahku. Aku tau aku boleh buat lebih daripada ni. Tapi keputusan sem lepas tak dapat aku ubah lagi. Sekadar itu kumampu. Setimpal dengan usaha aku. 

Cuma tinggal dua sem lagi. Tak ada masa untuk aku main-main. Chaiyok chaiyok Nazif!

Klik sini, sana, sinun untuk tolong aku.
Trimas geng! ^_^










p palang s : Kuciwa dalam lega..

5 comments:

Syazana Zainn said...

wah dapat A tu

:D

tahniah

belajar rerajin ye ;p

vendoline said...

takpe la..sabar yer...bukan rezeki kot...dh buat yg terbaik ok la tu

Deleted said...

rasanya tak dak teruk pon. abg saja ja nk bg saspens kn? hahha

mirmashi94 said...

lama x singgah ^^.
amboi, main rahsia2. alaa, tahu dah mesti rsult gempak. hehe ;D

M Fizan said...

@Syazana Zainn kahkahkah. dapat satu je A pun. apa pun, trimas :)

@Edy Fee yup, effort dah 11/10. harhar. kena usaha lebih!

@nurshamila haha. ok la. tak kena pemulihan. tapi still under-achievement :(

@mirmashi94 haaaa.. lama tak nampak budak u. haha. result tak gempak. cukup makan je. =.=

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif