Monday, June 18, 2012

Masa Tambahan

Assalamualaikum.

Mukadimah memang tak ada hubungan sulit dengan isi entri. Harap maklum.

Kumpulan Maut Euro 2012 tamat pagi tadi. Jerman muncul juara Kumpulan B selepas menumbangkan Denmark 2-1. Jerman unggul bertakhta dengan sembilan mata maksimum. Portugal turut mara selepas mengatasi pilihan hangat sebelum kejohanan bermula, Belanda, juga dengan keputusan yang sama.

Malang sekali buat Belanda yang dibarisi para pemain ternama dunia untuk tersingkir awal tanpa sebarang mata. Portugal mengutip enam mata untuk mengiringi Jerman ke pusingan suku akhir. Akhirnya, kapten Portugal menyerlah jua selepas dikritik hebat. Cristiano Ronaldo meledak kedua-dua gol pasukannya.


Aku nak kongsikan dengan korang satu madah yang menarik bagi aku.

"Time is what we want most, but what we use worst."

Aaaaa, kena mengaku. Tak baik tau tipu. Berdosa... Kita selalu sangat berharap nak lebih masa. Sejam 60 minit mana cukup kan? Pejam celik, pejam celik, dah malam. Rasa macam baru tadi bangun tidur. Apa nak dihairankan. Tujuh tahun rasa macam semalam je.

Tapi kita tak reti hargai masa. Bukan korang lar. Orang lain. Orang Malaysia sangat menghargai masa. Yang aku cakap ni orang Nicaragua dan Samoa. Selalu sangat kita membazir masa. Melakukan perkara yang tak berfaedah. Bertangguh dalam melakukan pekerjaan. Sedangkan kita tak mungkin dapat masa tambahan.

Aku tak nak ulang-ulang yang masa itu emas. Alamak, terulang jugak. Ups, tak sengaja tu. Bagi aku, masa itu berlari. Manfaatkan masa kerna masa tidak menanti. 











p peluk s : Demi masa..

4 comments:

nurshamila said...

yg penting masa tak menunggu

chemay said...

akhir zaman.
memang masa berlalu pantas sangat.
:'(

msredcheesecake said...

Sayang kalau masa dihabiskan sia2 byk benda kita ble buat tapi tak buat...

M Fizan said...

@nurshamila bagus kalau sha dapat moral :P

@chemay terlalu pantas. tak sempat nak enjoy :'(

@msredcheesecake betul sangat akak :-(

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif