Friday, June 15, 2012

Soal Hati

Assalamualaikum.

Bila hati ingin bercerita,
maka puisi pun tercipta.



Apakah gejolak di dalam hati
tanda cinta tak pernah berhenti?

Apakah rasa membakar jiwa
tanda hati tak pernah kecewa?

Apakah diri yang riang menyanyi
tanda hari tak pernah sunyi?

Apakah cinta menyesakkan dada
tanda ribut tak pernah melanda?

Apakah rindu menggetar kalbu
tanda kepercayaan seteguh kubu?

Apakah kasih mengusik nubari
tanda bahagia setiap hari?

Walau bersama beribu bulan,
Akan tetap menjadi persoalan.










p peluk s : Huhu...

4 comments:

Iffah Afeefah said...

p peluk s sngt somel

btw best sngt puisi ni

aihh ni y terase nk memuisi plak errr

aniqbukhary said...

Entry yg penuh dengan persoalan.. hehe. Apepon, terbaek diucapkan buat Muhammad Nazif..

Cik Pulau said...

wahhh.. bermadah pujangga.. ^^

M Fizan said...

@Iffah Afeefah somel lar sangat. haha. thanks iffah :)

@aniqbukhary tenkiu aniq :) hehe. soal hati kan.

@Cik Pulau jangan jeles~ ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif