Welcome To My Life...

Wednesday, December 11, 2013

WC2014 : Kumpulan E

Assalamualaikum.


Analisis Piala Dunia diteruskan dengan Kumpulan E.


SWITZERLAND
 
 
Switzerland layak automatik pada 11 Oktober 2013 sebagai pemenang Kumpulan E pusingan kelayakan zon Eropah. Selepas edisi 2010, ini adalah penampilan kesepuluh untuk negara presiden FIFA, Sepp Blatter. Pencapaian terbaik mereka adalah pusingan suku akhir sebanyak tiga kali dalam edisi 1934, 1938 dan 1954.

ECUADOR
 
 
Ecuador layak pada 15 Oktober 2013 dari zon Amerika Selatan dengan menghuni tangga keempat, slot terakhir untuk kelayakan automatik. Jika Brazil beraksi, Ecuador mungkin terpaksa mengharungi pusingan play-off antara benua sekali gus menyingkirkan Uruguay. Ecuador akan membuat penampilan ketiga. Pencapaian terbaik mereka adalah pusingan kedua dalam penampilan terakhir sebelum ini pada tahun 2006. 
 
PERANCIS


Perancis layak pada 19 November 2013. Sekumpulan dengan juara dunia dan Eropah, Sepanyol, Perancis akur menjadi naib juara Kumpulan I pusingan kelayakan. Mereka terpaksa berdepan Ukraine dalam perlawanan play-off UEFA secara timbal balas. Selepas tewas 2-0 di tempat sendiri, mereka melakukan kebangkitan menakjubkan dalam perlawanan kedua untuk membuat penampilan ke-14 (terakhir dalam edisi 2010). Pencapaian terbaik mereka adalah bergelar juara pada tahun 1998 ketika Piala Dunia dimainkan di negara mereka.

HONDURAS
 
 
Honduras layak pada 15 Oktober 2013 dengan menghuni tangga ketiga pusingan keempat kelayakan CONCACAF, slot terakhir untuk kelayakan automatik dan menghantar Mexico ke pusingan play-off. Honduras juga membuat penampilan ketiga, kali terakhir pada tahun 2010. Mereka tidak pernah melepasi peringkat kumpulan.


KONKLUSI
 
Walaupun hanya Perancis yang layak selepas mengharungi pusingan play-off, mereka memiliki peluang cerah untuk layak. Hanya Switzerland yang berada di ranking dunia lebih tinggi dari Perancis. Peluang Honduras sangat tipis. Jika Ecuador gagal menyaingi Perancis, negara Eropah itu akan mengiringi pasukan dari benua yang sama, Switzerland, untuk pusingan kedua.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif