Sunday, December 15, 2013

Renovasi

Assalamualaikum.

Dalam kesibukan ulang kaji sebelum cuti Krismas, masih ada kesempatan nak buat renovasi blog. Ilham tercetus apabila melihat blog ni begitu semak. Aku tengok pun sakit kepala. Maka keputusan diambil untuk ubah suai blog ni supaya lebih kemas dan rapi.


Haaa... susunan ni boleh ditemui kalau rajin scroll down sampai ke dasar blog ni. Mesti jumpa tiga benda ni. Pertama, 'Kisah Faniz'. Ni karya terbaru aku. Fiksyen fantasi. Tak pasti adakah adaptasi dari kisah benar seorang lelaki. Yang kedua tu boleh abaikan.

Yang ketiga, masa. Allah bersumpah demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Pepatah pulak mengatakan 'masa itu emas'. Omputeh kata 'time flies like an arrow'. Begitulah pentingnya masa. Kalau tak ada jam lain, dasar blog ni boleh menunjukkan waktu Malaysia.

Selain pembaharuan dasar blog, aku juga dah baiki susunan ruang kanan blog ni. Sebelum ni panjang berjela sampai ke bawah. Aku dah buang mana yang tak perlu. Dan iklan yang selama ni menyemak kat sebelah kanan blog ni pun dah dibuang.

InsyaAllah sesiapa yang singgah di blog ni dapat rasa lebih aman. Tiada iklan yang mengganggu. Tak ada lagu yang membingitkan telinga. Suasana aman harmoni. Damai lagi menyenangkan. ^_^

InsyaAllah blog ni juga akan menyediakan perkongsian ayat al-Quran. Moga Allah redha dengan kita semua.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif