Welcome To My Life...

Friday, December 20, 2013

Family Time

Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan di IMU dengan cuti yang tak menentu dan jarang sekali, hari ni aku akan memulakan cuti hujung tahun selama 9 hari. Aku rasa cuti paling lama dalam kalendar semester pertama.
 
"Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir
Hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani"
 
Selepas diuji Allah dengan dugaan yang sangat berat, aku akan cuba melupakan kisah pahit itu dengan masa bersama keluarga tercinta. Sudah lama tak bertemu mereka. Bukan tak rindu. Cuma jarak tak mengizinkan. InsyaAllah dapat berada hampir dengan mereka sehingga hujung tahun ini sebelum kembali semula ke IMU.
 
 
InsyaAllah, hari ni aku akan cuba menjawab ujian formatif pertama. Rakan-rakan yang lain dah jawab tanpa habis ulang kaji pun. Aku ada sikit lagi nak ulang kaji. Aku boleh saja menjawab bila-bila masa sehingga 21 Disember, tapi aku rasa tak puas hati kalau tak habis ulang kaji lagi.
 
Tengah hari ni, insyaAllah aku akan bertolak ke Muar untuk menetap di hotel. Esok baru bergerak ke rumah nenek di Kota Tinggi. Begitulah perancangannya jika menurut kata bonda tercinta.
 
Aku masih terasa dengan ujian yang menimpa diri ini. Sangat berat seperti dihempap batu. Allah Maha Mengetahui. Ini yang terbaik untuk masa ini. Perancangan Allah jua yang terbaik. Aku hanya bersangka baik dengan Allah. Aku tidak mengetahui apa yang Dia janjikan yang menanti aku.

Apabila masa bahagia itu tiba, ia pasti sangat indah. Kerna Allah telah mempersiapkan aku dengan kesakitan untuk menghargai erti secebis kebahagiaan.
 
 

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif