Welcome To My Life...

Monday, December 9, 2013

No Luck

Assalamualaikum.

Hari yang suram.

Hari ni bangun lambat sangat. Kelas jam 8 pagi. 7:40 baru aku bangun. Tergesa-gesa mandi, solat dan bergegas ke dewan kuliah. Sampai je di dewan, kawan-kawan sedang sibuk memeriksa keputusan Reflective Writing untuk lawatan ke hospital pada hujung bulan Oktober.

Penulisan ni aku buat agak lewat. Hampir sama macam tugasan Assigned Independent Reading (AIR). Bezanya aku bertuah untuk mendapat gred A bagi tugasan AIR. Aku mengharapkan tuah yang sama sebelum membaca gred yang aku dapat. Malangnya, kali ini aku tak bernasib baik.


Aku hanya mendapat gred B. Rakan-rakan serumah yang lain, ada juga yang dapat gred B, dan ada yang dapat gred B+. 

Aku agak kecewa kerana aku rasa aku telah melakukan yang terbaik walaupun aku mula menulis sedikit lewat. Aku sudah cuba menjawab semua soalan sedaya-upaya. Mungkin itu tak cukup.

Aku cuba memandang dari perspektif yang positif. Mungkin ini teguran dari Allah supaya aku memperbaiki cara. Jika aku dapat gred A lagi, mungkin aku akan rasa selesa dengan melakukan kerja pada saat-saat akhir. Dan itu sangat tidak bagus.

Aku terlepas kali pertama dengan gred yang baik. Kali ini aku kehabisan tuah. Moralnya, aku perlu mula menulis awal supaya aku ada masa untuk melakukan penambahbaikan. Walaupun hanya gred B dan markah ini dikira untuk penilaian tahun pertama, aku terima dengan redha.

InsyaAllah aku akan cuba tanya pemeriksa tu kenapa aku hanya dapat gred B supaya aku dapat menulis karangan reflektif dengan lebih baik pada masa akan datang.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif