Welcome To My Life...

Tuesday, December 10, 2013

WC2014 : Kumpulan C


Kita teruskan analisis Piala Dunia dengan Kumpulan C.


COLOMBIA


Colombia layak secara automatik pada 11 Oktober 2013 selaku naib juara keseluruhan pusingan kelayakan untuk konfederasi CONMEBOL. Edisi 2014 ini adalah penampilan kelima buat Colombia, terakhir pada tahun 1998. Pencapian terbaik Colombia adalah layak ke pusingan kedua dalam edisi 1990.

GREECE


Laluan Greece lebih berliku dalam pusingan kelayakan zon Eropah. Mereka muncul naib juara Kumpulan G dan terpaksa melalui play-off. Greece menewaskan Romania 4-2 secara agregat untuk layak ke Brazil pada 19 November 2013. Ini adalah penampilan ketiga untuk Greece, terakhir pada edisi 2010. Greece tidak pernah melepasi peringkat kumpulan.
IVORY COAST


Ivory Coast layak pada 16 November 2013 selepas mengharungi pusingan ketiga kelayakan zon Afrika. Mereka mengatasi Senegal 4-2 untuk membuat penampilan ketiga, terakhir pada 2010. Ivory Coast juga tidak pernah melepasi peringkat kumpulan.

JEPUN


Jepun merupakan antara pasukan yang terawal layak selepas tuan rumah. Mereka layak pada 4 Jun 2013 dengan menjuarai Kumpulan B dalam pusingan keempat kelayakan zon Asia. Jepun telah beraksi dalam empat edisi sebelum ini, terakhir juga pada 2010. Pencapaian terbaik mereka adalah pusingan kedua dalam edisi 2002 dan 2010.


KONKLUSI

Kumpulan ini agak terbuka tanpa sebarang pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia. Keempat-empat pasukan tidak memiliki pengalaman luas dengan penampilan terbanyak antara mereka hanyalah kali kelima. Kesemua pasukan juga tidak pernah mara lebih jauh dari pusingan kedua. Greece memiliki pertahanan yang kental. Jepun dan Ivory Coast adalah antara pasukan terbaik di benua masing-masing. Mengikut ranking dunia, Colombia (4) berpotensi memenangi kumpulan ini dan mungkin akan diiringi oleh Ivory Coast. 



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif