Welcome To My Life...

Monday, March 25, 2013

Takkan Sedar


"Kita tidak sedar apa yang dia telah lakukan untuk kita,
sehingga dia berhenti melakukannya."
- Cerita Kita -

Berkali-kali aku tekankan soal penghargaan dalam blog aku ni. Kerna aku belum lagi merasai penghargaan. Err, insyaAllah dah pernah rasa. Cuma belum rasa benar-benar dihargai. Berat perkataan ni. Penghargaan tu terlalu subjektif.

Berbeza definisi bagi setiap orang. Mungkin ada yang kata SMS setiap malam tu menghargai. Ada yang kata tidak. Begitu juga dengan perkara lain. Menghadiahkan sekuntum mawar kepada isteri setiap hari. Selalu mengucapkan kata cinta kepada suami.

Aku akan sentiasa cakap, 'hargailah'. Sebabnya, penghargaan itu terlalu susah. Seringkali cinta gagal kerana tiada penghargaan. Apa yang selalu berlaku adalah penghargaan itu lambat terlahir. Hanya hadir setelah mengalir takdir yang takkan termungkir.

Apabila takdir membuatkan seseorang berlalu, baru kita sedar nilai orang itu dalam hidup kita dulu. Apa yang dia selalu buat. Masa yang dia selalu luangkan. Nasihat yang dia selalu berikan. Semangat yang dia selalu tiupkan.

Dia mungkin tak boleh buat kita rasa bahagia. Tapi tu tak bermakna dia tak bagi segalanya yang dia ada. Dia telah mencuba. Kita yang tak cuba nak hargai dia. 

Ayat dari filem 'Cerita Kita' tu mewakili apa yang aku ingin luahkan. Hargailah sebelum kehilangan. Sesal dulu pendapatan.

Hargailah. Hargailah. Hargailah.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif