Welcome To My Life...

Sunday, March 17, 2013

Hampir Terlanggar


Hari ni berlaku satu kisah yang terlalu penting dalam diari hidup aku. Huhu. Mungkin jadi kali pertama aku terlanggar kereta orang. Nauzubillah. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Dia yang melindungi dan tidak pernah memungkiri janji. Mungkin berkat ayat kursi yang aku baca. Tetapi hanya dengan izin-Nya aku dapat mengelakkan masalah.


Sempoi tak seni aku? Haha. Kira boleh lar kan. Macam hasil pertandingan mewarna budak-budak tadika. Ah, lupakan kekreatifan aku yang melampau sampai tahap 99999. Aku yang kereta warna oren tu. Kereta kuning dan biru tu tak dapat dikenali pemiliknya. Korang mesti terkejut kan. Eh, kereta ke tu? Haha. Sila bayangkan ianya kereta. Yang hitam tu jalan, hijau tu rumput. Ringkas itu kan satu seni. ^_^

Ceritanya, aku nak mula bergerak untuk balik ke rumah sebab dah jemput dua orang adik aku yang paling bongsu. Sorang darjah lima dan sorang lagi baru darjah satu. Yang darjah satu tu balik jam 12.45. Aku pun bawak dia pergi makan aiskrim dan sosej. Sementara menanti adik aku sorang lagi balik jam 1.15. Jadi peristiwa ni berlaku kira-kira jam 1.30 waktu Malaysia. GMT +8 tau. Bukan waktu Malaysia di Mekah.

Kisah sebenarnya, aku nak undur sikit sebab terlalu rapat dengan kereta kuning yang depan tu. Aku pun tak tahu kenapa. Takkan lar aku saja-saja nak langgar kereta orang kan. Tu cari bala namanya. PI Bala dah mati. Errr... Aku pun tak tahu macam mana boleh masuk gear Driving walaupun aku nak sangat Reverse. Nak sangat-sangat. Bukan nak-nak ayam je...

Oleh sebab keadaan jalan yang sedikit curam, aku dah turunkan brek tangan. Maka aku risau jugak kereta ke depan dan hentam kereta kuning. Aku tekan la minyak dengan sepenuh kepercayaan bahawa gear Reverse yang aku dah masukkan tadi. Malangnya, korang boleh tahu apa berlaku. Kereta maju ke depan kerana aku menekan pedal minyak. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku tak panik. Kaki kanan aku begitu pantas menekan pedal brek. Dan..... dengan sangat dramatik, kereta berjaya dihentikan. Aku beristighfar, masukkan gear yang sepatutnya dan mengundur. Adik aku yang darjah satu tu tanya kenapa aku nak langgar kereta depan. Adik, tak kan abang saja nak langgar orang? Haha.

Moral cerita aku ni, jangan percaya gear yang anda masukkan sepenuh hati. Percaya suku hati je. 'Percaya padaku' (tajuk lagu) suku hati. Percaya Allah sepenuh hati takpe. Tekan minyak tu sikit-sikit. Mana tahu tersalah masuk gear. Jangan macam aku. Tekan macam nak mula berlumba. Nyaris-nyaris lagi tajuk entri ni dah bertukar jadi cerita langgar orang. Nauzubillah.

Itulah ceritanya. 17 Mac 2013 dalam sejarah.

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif