Welcome To My Life...

Wednesday, March 20, 2013

Untuk Dia


Kata orang, bila orang yang kita sayang bahagia, itu sudah cukup. Walaupun air mata kita menitis, itu semua tak penting. Jika dia bahagia, kita juga merasakannya. Benarkah begitu? Ada benarnya.

Gambar pinjam. Tak simpan pun.

Terjaga je, dating dengan Allah kejap. Jumpa entri di blog sahabat dia. Alhamdulillah, senang hati melihat 'dia' bahagia. Tenang di samping sahabat-sahabat ukhwah fillah abadan abada. Aku? Tumpang gembira untuk dia.

Esok, 21 Mac. Hari besar baginya. Hari yang menentukan masa depannya. Aku sentiasa yakin. Kejayaan itu akan menjadi milik 'dia', dengan izin Allah. Dia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Aku kenal dia. Aku pernah melihat dia bekerja. 

Hati ini tak pernah berubah. Percayalah. Pergilah terbang sejauh mana kamu mahu. Bila penat nanti, kembali ke sisiku. I'll go to the other part of the world and return in the future. May our paths meet again and we'll spend rest of this life together. S*** s***** a*** kerana Allah.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif