Welcome To My Life...

Wednesday, March 20, 2013

Alahai Adik


Sebenarnya, kita boleh belajar dari tingkah laku seorang anak kecil yang comel sangat kerenahnya. Terkadang kita lupa apa yang pernah diajar kepada kita. Atau mungkin bukan kita lupa. Tapi kita rasa benda itu sudah tak relevan lagi dengan peringkat umur kita. Sedangkan budak-budak sangat akur dengan apa yang diajar kepada mereka.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Indah sungguh pepatah Melayu. Kisah ini berlaku semalam. Ketika aku menemani umi dan ayah menghantar adik bongsu yang baru Darjah Satu ke sekolah. Biasalah, cuti-cuti ni takkan tidur saja. Mesti kena hantar adik-adik. Menunaikan hak mereka. ^_^

Nak dijadikan cerita, aku memimpin tangan Atip untuk ke kantin. Aku dimaklumkan ini adalah rutin harian untuk dia membeli sosej dan air Milo kotak. Bukan dia yang beli pun. Umi atau ayah aku yang tolong beli. Dia ni pemalu sikit. Eh, pemalu banyak. Bukan takut. Tak berapa nak berani.

Aku pun melangkah. Dan menapak. Dan terus melangkah. Aduh, panjang berjela ceritanya. Kitorang pun hampir sampai ke kantin ketika aku ingin melalui jalan pintas dengan memijak rumput. Aku dilarang oleh adik aku. Eh, budak kecik melarang kita pulak.

"Tak boleh pijak rumput." Atip menegurku. Lantas aku memimpinnya melalui jalan yang disediakan. Bukan apa. Walaupun aku rasa, mengarutlah itu semua. Tak relevan lagi dengan umur aku (ceh!), aku tak mahu ajar adik aku nilai yang bertentangan dengan apa yang diajarkan kepadanya.

Aku masih ingat, dulu masa aku sebaya dia pun, aku diajar tidak boleh memijak rumput. Kesian lar rumput kan. Mana boleh pijak beliau. Comel pulak adik aku ni. Baik hati sangat.

Kadang-kadang, kita mudah lupa dengan nilai yang pernah menjadi pegangan kita. Mungkin arus dunia melekakan kita. Jadi jangan terkejut jika kanak-kanak mengajar kita. Hati mereka suci, dalam proses pembentukan sahsiah untuk menjadi siapa mereka di masa akan datang.

Alahai adik!


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif