Welcome To My Life...

Saturday, March 30, 2013

Karlos


Ah, aku tak peduli! Ni semua salah adik aku. Siapa suruh dia cerita pasal drama gangster ni. Tak pasal-pasal aku dah jatuh hati. Nak kena tunggu tiap-tiap minggu. Aduh, yang drama ni pun. Buat setiap hari sampai habis cerita dah lar. Yang buat satu hari seminggu tu kenapa??

Ya, KARLOS. Satu lagi cerita melibatkan Botak (Bro Johan) dan Apek (Bro Syazwan). Eh, sebenarnya Botak dan Apek tu ialah nama karakter diorang dalam drama Juvana. Dan filem Juvana jugak. Aku memang minat habis lar cerita samseng remaja ni. 

Apa yang aku tak suka adalah aksi-aksi ganas yang ada dalam cerita ni. Budak-budak akan terikut-ikut dan pasti akan meniru aksi dalam drama. Memang amaran telah diberikan. Sememangnya! Apa yang ada pada amaran?? Kanak-kanak bawah 13 tahun perlu di bawah pengawasan ibu bapa? Siapa peduli??

Sudah tentu ada kanak-kanak yang dibiarkan bebas menonton dan jatuh hati dengan aksi ganas yang dipaparkan. Apabila membesar dan semakin liar, aksi ganas ini akan ditiru dan diaplikasikan. Masa tu nanti, nak salahkan siapa? Bukan salah ibu mengandung..

Aku faham niat drama-drama begini adalah untuk memaparkan realiti di pusat pemulihan akhlak untuk juvana. Ya, bagus niat tu. Hakikatnya, situasi ni memang berlaku. Tak dapat dinafikan. Tapi sikit-sikit sudah la. Sana sini cerita gangster. Filem gangster, drama gangster.

Pada pandangan aku yang naif ni, dengan merudumnya nilai moral dan semakin berleluasanya kebejatan sosial dalam kalangan anak-anak muda, drama ni tak akan menimbulkan kesedaran. Malah menambahkan lagi kes seperti menyimbah minyak ke dalam api. Lagi gangster anak muda, lagi banyak drama dan filem dilambakkan, lagi bertambah kes gangster. 

Asyik fikir duit je, jangan biarkan generasi muda terus hanyut dan hancur. Mereka pemimpin masa depan negara. Tak kan media nak harapkan kerajaan saja? Anak muda memang suka filem macam ni. Aksi ganas dan liar. Fuhh, lagi menjadi-jadi lar gangster juvana yang baru nak matang. 

Apa yang aku suka pulak, setakat 4 episod ni, ada dua karakter yang aku rasa memang sesuai berlakon drama gangster juvana. Bro Johan dan Bro Syazwan, memang tabik spring lah! Bro Johan, muka taiko tapi bab menangis memang syahdu. Pelik sikit sebab ada rambut dalam cerita ni untuk watak Karlos. Tapi berlakon tetap sempoi dan stailo..

Bro Syazwan, aku rasa watak Apek tak ada daya tarikan. Tapi watak Kenji dalam drama 'Karlos' memang terbaik.. Muka slamber walaupun situasi mendesak. Lolipop di bibir menjadi identiti. Sampai nak keluar pusat pemulihan pun, sempat bagi lolipop untuk Karlos. Cun habis watak 'Kenji'!

Apa pun, aku tengok Karlos sekadar hiburan. Bukan tak boleh buat cerita seumpamanya, tapi tak perlulah dilambakkan rasanya. Sikit-sikit tu cukup lah. Kalau banyak genre sama pun, orang boleh naik meluat. Dulu cerita hantu. Sekarang gangster pulak. Cuba ubah arus.

Sana gangster, sini pun gangster.

Karlos, aku tunggu kau!


2 comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif