Welcome To My Life...

Friday, March 8, 2013

Sekali Lagi


Kertas peperiksaan A-Level Januari 2013.

Nampaknya peperiksaan percubaan aku dihantui dengan soalan-soalan peperiksaan lalu. Huhu. Satu demi satu ujian dilepasi dengan ucapan kesyukuran dan sedikit keluhan. Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusanku. Segala puji hanya bagi Allah. Tanpa izin Allah, aku tidak akan mampu memahami apa yang aku baca. 

Aku juga kecewa kerana tidak diuji. Adakah salah aku mengkaji dan memahami trend soalan-soalan yang pernah disoal? Mana aku nak jangka soalan akan keluar sebijik-sebijik. Sejibik. Satu kertas tanpa diubah struktur soalan. 

Pagi tu aku baca, dan tengah hari aku jawab soalan sama. Memang memori aku masih utuh lah. Alhamdulillah.

Minggu pertama peperiksaan percubaan sudah berakhir. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sangat lancar. Teramat lancar. Aku jadi takut.

Aku risau dengan minggu kedua peperiksaan. Pastinya sukar. Aku tidak boleh berehat. Perlu terus bekerja. Aku risau soalan-soalan mudah ni adalah cara penggubal soalan memberi amaran bahawa 'bencana masih belum tiba'. 

Aku akan bersedia sehabis daya. Dan menyerahkan nasibku dalam perlindungan-Nya.

Hasbunallah wa ni'mal wakil.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif