Welcome To My Life...

Monday, March 18, 2013

Pusat Emosi


Korang nak tahu kat mana pusat emosi? Hati? Haaa... salah. 

Entri ni bukan entri serius pun tau. Jangan lar serius sangat. Entri gurau-gurau aje. Sekadar bersenda di kala bintang bersinar ceria. Bulan pun tersenyum bahagia. Konpiden je aku ni. Tengok langit pun belum. Andaikan saja lah.


Aku jumpa ni masa ulang kaji untuk peperiksaan percubaan subjek Biologi. Masa tu aku ulang kaji pasal 'otak'. Eh, betul la. Bahagian-bahagian dalam otak kita. Hypothalamus ni di bahagian tengah. Midbrain. Okey, err, entri ni bukan nak cerita pasal otak.

Nak cerita semua fungsi hypothalamus pun memang tak cukup lima belas entri. Maka aku nak bawa ke tengah satu je fungsi. Itu pun bukan nak bincangkan fungsi ni. 

Hypothalamus adalah pusat emosi. Soal kebenarannya, jangan tanya aku. Wallahualam. Mengikut terjemahan literal, CINTA adalah kecacatan sementara di bahagian hypothalamus. Kalau dah kahwin tu, tak cacat dah. Cinta tu jadi halal dan sah. 

Eh, kata gurau... Jangan lar serius sangat. Ni bukan fakta pun. Auta semata-mata. Semoga ceria selalu. Jangan stres-stres. Keputusan SPM keluar Khamis ni? Sila banyakkan berdoa.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif