Welcome To My Life...

Saturday, March 23, 2013

Huski Time


Hoyeah, petang semalam aku makan malam dengan salah sorang kawan baik aku. Saat itu indah sebab kami dah lama tak jumpa. Dan saat itu jadi lebih indah kerana dia juga sepertiku, bakal doktor. Dan terlebih indah, dia yang belanja! Jangan marah. ^_^

Beliaulah Alif Haikal, sorang sahabat yang aku sanjung tinggi. Atau nama glamor beliau Areleaf Hyecarl. Glamor sangat... Ramah perwatakannya, mudah bergaul mesra dengan sesiapa saja. Friendly indeed is in his nature. Maka tak hairanlah orang macam ni mudah disenangi. Aku pun tak tau macam mana nak jadi macam dia.

Oleh sebab dia baru terima 'durian runtuh', aku gurau lar mintak dia belanja. Tak sangka dia belanja betul. Tapi no wonder lah, aku kenal dia pun sorang yang sangat pemurah dan baik hati. Melangit aku puji ni. Eh, sekurangnya aku puji belakang. Tak tahu bila dia akan baca entri ni. But, one sure thing is, i owe you, bro. :)

Dia baru terima elaun dari JPA memandangkan dia adalah pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Islam Antarabangsa. Pemegang biasiswa ni. Bakal doktor muslim sejati. Bakal menggegar arena perubatan dengan penemuan yang memberi manfaat kepada umat Islam. InsyaAllah. 

Berbalik kepada acara semalam, kami makan di Huski dalam C-Mart, Changlun. Tempat apakah itu? Biarlah rahsia..


Haaa, ni lah dia abang macho kita. Bukan main bahagia lagi sedut jus tembikai tu. Sedap sangat ke? Haruslah enak rasanya.... harga pun RM6. OKB katakan... orang kaya baru.. Aku pulak pesan minuman apa? Jeng jeng jeng... jeng jeng.. jeng..


Nahhh, chocolate milkshake untuk aku. Harganya RM7.50, kalau aku tak salah. Kenapa aku punya lagi mahal? Orang belanja kan... apa susah sangat nak pesan? Kalau aku lah yang bayar, memang fikir sampai setengah jam. Silap-silap pelayan tu stres dulu baru aku habis fikir.

Sementara menanti makanan kami sampai, kami berbual tentang hidup masing-masing. Yelah kan, dah lama tak jumpa. Jadual semester masing-masing jarang nak sama. Kebetulan cuti bertembung ni, haruslah dimanfaatkan dengan sesuatu yang berguna. Ni pun berdua je. Ramai lagi yang tak ada.

Seronok jugak dengar pasal pelajaran ijazah perubatan ni. Tak sabar rasanya aku. Aku ni baru buat A-Level, persediaan untuk ijazah nanti. Ni pun dah tak larat. Dengar ceritanya apa yang belajar masa ijazah nanti memang lagi mencabar. Haruslah kan, peringkat pun lagi tinggi. 

Respek habis sama bro aku ni, dia cerita dengan sangat menarik. Dia ajar aku tak boleh guna pendefinisian biasa untuk sesuatu yang ada medical term. Contohnya, kesukaran bernafas (shortness of breath). Pensyarah nak kita guna 'dyspnea'. Nahh, bersedia lah Nazif. Kau pilih jalan ni.


Yeehaaw! Makanan yang kami pesan sama. Ekceli aku memang mengidam chicken chop. Tapi aku teragak-agak memandangkan harganya RM17.50. Kalau duit sendiri tu, yakin jugak aku nak pesan. Duit orang kan. Nak mintak pun rasa serba salah. Memandangkan bro aku ni pesan chicken chop dulu, aku menurut dengan permintaan yang sama. Kali ni dengan yakin dan bergaya. ^_^

Nampak macam tak mahal. Apa kata kita rasa dulu? Pergghh, mantap jugak chicken chop Huski ni. Lazat lagi menyelerakan. Tambah pulak makan sambil berbual. Sambil hirup milkshake aku tu. Nice, what a moment.


Ini pulak pandangan atas. Ni bukan guna telefon bimbit aku pun. Pinjam adik aku punya Samsung Corby. Nak guna kamera punya pasal. Telefon bimbit aku biasa je. Memang aku yang tak nak beli mahal-mahal. Ada sebab tertentu. Biar aku saja yang tahu. 

Kepada Alif Haikal, terima kasih daun keladi, nanti dapat elaun belanja lagi. Hehe. Thanks a lot so very much, brother. Hang memang sahabat aku. Bukan sebab hang belanja ja. Kuikui. InsyaAllah kalau rezeki aku murah nanti, giliran aku pulak.

Nanti tu jangankan chicken chop lah... bapak chicken chop dengan atuk dan moyang dia sekali aku belanja hang. ^_^


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif