Saturday, March 30, 2013

Kepulangan Ayahanda


Cadangnya nak sambung tidur pagi tadi oleh kerana malam semalam tidur lewat. Hasrat itu dibatalkan memandangkan ayahanda akan kembali pulang dari percutiannya di Bali bersama adik-adiknya a.k.a mak cik dan pak cik aku.

Jam 7 pagi kitorang bertolak ke lapangan terbang di Kepala Batas. Yang tak ikut cuma adik aku yang baru habis SPM. Kakak aku dan dua orang adik kecik aku turut ikut bersama ummi aku. Kakak aku suruh aku yang memandu kerna dia tak biasa memandu Altis. Tapi dia jugak yang bawak walaupun kurang ketinggian. Huihuihui. ^_^


Abang yang kacak, macho lagi bergaya bersama adik-adik yang comot, Atip dan Acip. Masa ni baru sampai. Saja riang ria nak tangkap gambar kenangan di bangku rehat. Salahkan bangku tu yang berada di depan kereta kitorang dan memanggil-manggil supaya kitorang duduk melepaskan lelah.


Yeahh, Altis aku. Cehh, sempat lagi nak perasan. Altis milik ummi dan ayah aku. Aku pak supir je. Tolong hantar ke sini sana. Sementara hayat masih ada, eloklah berbuat jasa, ye tak? Eh, tadi dah kantoikan kakak aku yang memandu ke lapangan terbang. Ah, spoiler.

Masuk tengok jadual ketibaan. Pesawat Air Asia yang dinaiki ayah aku dari KLIA dijangka tiba jam 8 pagi. Masa kitorang tengok tu baru 7.50 pagi. Okey, 10 minit lagi. Sikit je lagi. Sabor jer lar. Jalan-jalan dulu tengok aiskrim. Duduk atas kerusi urut. Tak ramai orang.

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tunggu lagi dan lagi. Hujan tak turun-turun. Eh, pesawat Air Asia tak sampai-sampai. Pesawat FireFly yang dijangka tiba 8.15 pulak sampai dulu. Geram ni. Jam dah bergerak ke angka 8.20. Ini boleh menimbulkan kemarahan...


Ni memang dah habis kerja yang boleh buat. Tunggu nak tengok pesawat Air Asia mendarat. Atip tak sudah-sudah lompat longkang berkali-kali. Aku sampai tak larat tengok. Ajak dia tangkap gambar. Memang aksi kegemaran lah tu. Peace yaww~

Lega rasa bila tengok pesawat Air Asia mendarat. Masuk tunggu di balai ketibaan. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tunggu lagi. Terus menanti. Tak nampak bayang pun. Rupa-rupanya jauh ayah aku kena jalan.


Alhamdulillah, selamat pulang ayahanda. Bukan ole-ole yang didamba. Cukup melihat ayah di depan mata. Dalam perjalanan pulang, kitorang nak singgah makan di kedai kegemaran tapi tutup pulak... singgah makan di kedai pilihan kedua. Kempunan aku.

Entri seterusnya, sepetang di Kuala Perlis. ^_^


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif