Monday, March 25, 2013

9 Jam


Filem yang Shaheizy Sam jadi hero tu tajuk '8 Jam'. Haaa, ni sambungan filem tu lar kiranya. Sekuel yang bertajuk '9 Jam'. Pengarahnya, M. Fizan. Seorang penulis yang bercita-cita besar tapi mudah putus asa apabila berdepan kesukaran. Tapi satu perkara saya tak pernah mengalah. 'Dia'.

Ekceli nak perkenalkan jam Sembilan Saja. Kenapa nama jam tu pelik sangat? Aku yang bagi nama kan. Haruslah nama jam tu seperti alien di planet Waruna. 

Nahh, memperkenalkan jam dinding versi 'Peminat Nombor Sembilan'.


Pencetus ilham jam ni mungkin bercita-cita nak jadi polis di Malaysia. Suka sangat nombor 999 sampai jam ni penuh dengan angka 9 saja. Mungkin jugak dia lahir tahun 1999. Atau dia ni anak kesembilan dari sembilan belas adik-beradik. Mungkin 9 tu angka kegemaran. Segalanya mungkin.

Yang penting, jam yang penuh dengan angka 9 ni sangat comel. Kalau bayi membesar tengok jam ni, hidupnya pada masa depan mungkin akan dihantui dengan kesembilanan yang melampau. Dia akan nak sembilan orang anak. Selalu gembira tak tentu pasal pada jam 9 malam. Atau mengidam 9 jenis buah yang sukar ditemui. Bahaya tu.

Jam ni tak digalakkan untuk dibeli dan dipamerkan. Kalau beli tu, simpan dalam kotak. Saja buat koleksi kan. Kalau anda berani tanggung risiko, silakan letak di dinding. Tiada masalah bagi saya. Akhir kata, jangan biarkan kesembilanan menyembilankan hidup anda.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif