Welcome To My Life...

Tuesday, March 19, 2013

Stop Hoping


Rama-rama.

Harap maaf. Bukan entri lagu Ella.

Aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap

Mungkin sudah tiba masanya aku berhenti berharap. Aku perlu bezakan antara TERDESAK dan KESUNGGUHAN. Aku tak terdesak. Aku benar tulus mendampingi dia. Aku mahu hubungan yang diredhai Ilahi. Tapi jika hanya aku, lalu apakah yang aku perjuangkan?


Bahagia itu seperti rama-rama. Sekurang-kurangnya, itulah kata pujangga. Semakin dikejar, semakin jauh pula terbang. Bila kita berhenti, ia singgah di bahu dengan tenang. Itulah sifat rama-rama. Ia tidak suka dikejar, didesak.

Begitu juga kebahagiaan. Kadang-kadang, hampir seluruh kudrat dan keringat kita beri. Tak juga dapat apa yang dicari. Aku rasa aku dah bagi apa saja yang aku ada. Sampai satu tahap, aku rasa aku dah tak ada apa-apa.

Percayalah, have faith in Allah. Apabila bahagia itu ingin singgah, tak perlu bersusah payah. Dia tahu cari jalan untuk mendampingi. Usah kejar sampai nak mati. Bertenang, Allah sentiasa bersama kita malam dan siang.

Oh bahagia, aku masih menantimu. Oh duka, pergi jauh dariku. Rama-rama, mari singgah di bahu. Bawa sinar yang aku tunggu-tunggu. Oh kasih, aku setia selalu. Ya Allah, makbulkan doaku.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif