Welcome To My Life...

Sunday, March 17, 2013

Sad True Stories in Mathematics


Matematik mengajar kita kisah cinta yang sangat menyedihkan. Kisah-kisah cinta yang menyentuh sanubari mereka yang sensitif, termasuk aku. Jangan nafikan kaitan mtematik dan cinta. Walaupun dilakukan ujian korelasi Spearman Rank, sudah tentu korelasi matematik dan cinta adalah positif 1 (sempurna).

Dengan ilmu hisab, sang pecinta mengira detik berapa lama sudah bersama dengan kekasih yang dipuja. Dengan ilmu kira-kira, sang pecinta setia menghitung hari untuk bertemu kekasih yang tercinta. Dengan ilmu matematik ini juga, manusia mengingati angka-angka penting dalam kehidupan bersama. 

Ah, mukadimah lari jauh sangat dari tajuk. Korang mesti pernah baca ni. 


Matematik juga (dalam ketidaksedarannya yang tak pernah sedar) mengajar kita tiga kisah cinta paling tragis dalam sejarah manusiawi. Lebih sedih dari kisah cinta Mumtaz dan Shah Jahan yang sebenarnya tak agung mana pun. Taj Mahal? Cari sendiri kisah sebenar di sebalik cerita itu.


Tangent line adalah satu garisan lurus yang bertemu garisan melengkung hanya pada satu titik saja. Ya, SATU! Bukan 1 Malaysia. Tu slogan PM ke-6 Malaysia yang kiut. Satu pertemuan dua garisan ni mungkin berlangsung selama tiga malam. Macam lagu Sheila Majid tu, 'Antara Anyir dan Jakarta'.

Alaaa, orang panggil cinta-pandang-pertama-yang-cuma-sekali-pandang. Mungkin tak bertemu lagi selepas tu. Tetapi kenangan satu pertemuan tu kekal abadi di dalam hati buat selama-lamanya. Ceywahh. Puii. Mungkin jugak kisah cinta ni macam ejen perisik Rusia bertemu ejen perisik Amerika Syarikat dalam satu misi, jatuh hati dan terpaksa mengikut jalan hidup masing-masing.

Atau seorang lelaki yang bertembung dengan seorang perempuan yang sedang bersedih dalam hujan. Dia menenangkan wanita tersebut, dan mereka tak pernah bertemu lagi selepas tu. Errr, ekceli kisah ni aku pernah tulis dalam satu esei untuk subjek Bahasa Inggeris masa sekolah menengah dulu. Karangan story tu la... Nostalgia. Cinta sebegini mungkin sesuai untuk dua orang yang asing dan saling tak mengenali.


Kisah cinta garisan lurus. Diorang tinggal dalam satu bandar. Setiap hari bertembung. Tapi diorang pun tak kenal satu sama lain. Berjalan di jalan yang sama. Menuju tempat yang sama (bahagian cerita ni pilihan saja). Malangnya, diorang tak ada jodoh untuk bertemu, berkenalan, dan berkasih sayang. Mungkin sebab jodoh si lelaki tersebut atau wanita tersebut memeluk jodoh mereka dengan doa. 


Sesiapa yang belajar tentang graf 1/x atau graf 2^x atau ln x pasti akan lazim dengan asymptote lines. Garisan yang membuatkan garisan melengkung takkan pernah menyentuh paksi-x. Kenapa? Sebabnya nilai x tu akan membuatkan y tidak pernah menyentuh nilai sifar. Tak percaya. Ce cuba, ce cuba.

Kisah cinta ni antara dua orang kawan baik. Teman-tapi-mesra. Diorang semakin rapat dan semakin rapat. Jatuh hati dan jatuh cinta. Tapi takkan mungkin pernah bersama. Kerna terbiasa dengan status 'kawan'. Jangan terlalu rapat, itulah jadinya. Persahabatan boleh berakhir dengan cinta, tetapi cinta sukar untuk kembali kepada persahabatan.

Itulah tiga kisah cinta sadis lagi menyayat hati yang dirungkaikan oleh matematik. Moralnya, cintailah yang Maha Penyayang. Cintailah si dia yang sangat mencintai Dia. Jika dia boleh mengabaikan Dia, kenapa yakin si dia tak akan mengabaikan kamu apabila bertemu yang lebih baik?



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif