Welcome To My Life...

Friday, March 22, 2013

Remember When....


Kenal tak siapa Alan Jackson? Apa?? Tak kenal??? Baguslah.. Dia sorang penyanyi. Itu fakta ya, bukan auta. Tapi aku cuma minat satu lagu dia. Melodi yang old school tapi sangat kena dengan jiwa aku. Haa, tajuk entri ni memang itulah tajuk lagu dia yang sangat menyentuh hati aku.


Kali pertama aku dengar lagu ni dalam video sedutan filem kartun 'Up'. Kalau nak tau, sila tanya Atuk Yutiub. Kartun yang sangat sedih bagi aku. Okey, lupakan kartun 'Up'. Aku taip entri ni nak cerita pasal lagu Alan Jackson. Ya, lagu 'Ingat Apabila'.

Rangkap pertama lagu ni harus ditinggalkan atas sebab-sebab keselamatan dan teknikal. Kenapa? Fikir sendiri. Penulis rasa bersalah nak bincangkan rangkap pertama. Maka aku ambik keputusan untuk abaikan dan mulakan penterjemahan dari rangkap kedua. 

Remember when we vowed the vows
and walked the walk
Gave our hearts, made the start, and it was hard
We lived and learned, life threw curves
There was joy, there was hurt
Remember when

Bait yang awal tu pasal perkahwinan Kristian. Pun boleh abaikan. Motifnya, bila dah kahwin tu, diorang bagi komitmen, mulakan hidup sebagai suami isteri walaupun sukar. Diorang ni belajar dari pengalaman walaupun diuji dengan cabaran dan dugaan. Ada suka dan ada duka. Biasa lah tu kan. Kalau seronok saja pun bosan jugak.

Oh ya, lagu ni memang cerita pasal pasangan yang dah berkahwin. Cerita diorang sampai tua. Diorang ingat semula kenangan bersama. Itu yang remember when atau 'masihkah kau ingat' kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi. 

Remember when old ones died and new were born
And life was changed, disassembled, rearranged
We came together, fell apart
and broke each other's heart
Remember when

Dalam diorang meniti usia, yang lebih tua akan pergi (tak semestinya) dan yang baru akan lahir. Apabila usia semakin lanjut, hidup pastinya berubah, dan disusun semula. Diorang pun bergaduh dan menyakiti hati satu sama lain. Barulah menarik bila hidup ada macam-macam perisa. Ada strawberi, vanila, coklat dan keladi. Semua masalah itu apabila dilepasi, akan mengukuhkan ikatan kasih sayang.

Remember when the sound of little feet
was the music
We danced to week to week
Brought back the love, we found trust
Vowed we never give it up
Remember when

Diorang pun menari bersama. Mengembalikan semula cinta yang pernah membara. Membakar semula kasih sehingga kembali saling percaya. Dan diorang berjanji diorang takkan mengalah dengan apa jua dugaan yang berlaku. Ingatlah, saat kita hampir putus asa, cuba ingat semula. Apa yang buat kita bertahan sekian lama. Kumpul kekuatan itu dan teruskan. 

Remember when thirty seemed so old
Now looking back, it's just a stepping stone
to where we are
where we've been
Said we'd do it all again
Remember when

Apabila diorang semakin tua, diorang pun teringat apabila usia tiga puluh tahun tu nampak macam dah tua sangat. Sebenarnya itu baru permulaan sehingga diorang sampai ke mana diorang di hari tua dan ke mana diorang pernah pergi. Dan diorang nak ulang semula masa lalu. Eh, tak boleh. Peluang datang sekali tu je. Once in a lifetime. Kalau kilat menyambar dua kali tu (lighting strikes twice), kira habis bertuah dah.

Remember when we said when we turned gray
When the children grow up and move away
We won't be sad, we'll be glad
For all the life we've had
And we'll remember when

Diorang pernah berjanji, apabila diorang tua dan anak-anak pun keluar untuk meneruskan hidup masing-masing, diorang takkan bersedih. Diorang akan rasa gembira dengan kisah hidup yang diorang pernah ada. Dan diorang akan ingat semula apabila....

Inilah sebaik-baik penutup untuk lirik yang menceritakan satu kisah yang sangat menyentuh hati bagi aku. Hati aku sebak setiap kali aku menyanyi sama lirik ni. Kadang-kadang air mata mengalir. Aku terbayang aku mengungkapkan bait rangkap terakhir ini kepada isteriku ketika kitorang sama-sama meniti hari tua.

Lagu ni sentiasa membuatkan aku menangis. Sangat mengusik emosi. A beautifully written lyrics to accompany a very nice melody. Sangat indah lagu ni. Walaupun perlahan dan tak 'menangkap' (catchy) bagi anak muda sekarang. Aku bukan peminat K-Pop atau rap segala bagai tu. Aku layan lagu yang sentimental.

Aku harap bila aku dah tua nanti, aku dapat nyanyi lagu ni untuk isteri aku. Aku nak habiskan sisa hidup aku bahagia bersama 'dia'. Itu yang aku cakap dari dulu dan aku akan terus cakap sampai 'dia' jadi milik aku. Kalau korang belum pernah dengar lagu ni, sila layan 'Remember When'. Hadam lirik tu dan jiwa kental pasti akan tergugat.

Nahh, siap jua aku merapu untuk satu entri. Sedar tak sedar siap pun entri 'Ingat Apabila' aku. Bila aku baca balik satu hari nanti, aku mesti gelak guling-guling. Dear myself in the future, this was you when you wrote the diary.
 

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif