Thursday, March 21, 2013

Novel Pendek


Aku rasa nak menulis novel. Ceh, ada hati tu. Memandangkan aku tulis cerita tak pernah siap, aku nak buat yang kontot saja. Sebelum ni ada banyak projek aku. Yang paling jauh pergi pun 50 muka surat. Tak larat nak tulis novel remaja. 

Maka aku dengan rasa rendah hati, mengumumkan yang aku sangat respek dengan penulis novel yang mampu mengarang beratus-ratus muka surat. Bukan untuk satu novel, tapi penulis yang sama mengarang berpuluh judul novel. Jalan cerita pun berbeza. Ayat pun nak sama tapi tak serupa. Nampak sama tapi bukan dia...

Tajuk untuk novel pendek aku ni masih dalam penilaian. Mungkin 'Setulus Arjuna'. Atau 'Arjuna Bernama ....' Pilih tajuk pun dah pening. Belum mengarang lagi. Ah, harapnya projek kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan Ilahi.

Ceritanya insyaAllah berpandukan stereotaip cerita cinta novel Melayu yang tak ada logika dan penuh kefantasian melampaui batasan minda. Juga kisah benar yang pernah aku lalui. Aku cuba cari kombinasi paling memikat hati. Eh, sori lar. Bahasa tak dapat nak santai. Ini penulisan memang nak menyentuh sanubari. Amaran paling awal diberikan. 

Nopen.. nopen.. nopen.. Okey, kita mulakan dengan prolog dalam entri seterusnya. Ilham dah ada. Tunggu masa membuka bicara. Dengan impian menggoncang jiwa.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif