Welcome To My Life...

Friday, March 15, 2013

Ruang Bernafas


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memberikan nikmat yang tidak terkira banyaknya buat mereka yang tidak buta mata hati untuk melihat dan menghargai. Sungguh, aku rasa sangat lega. Akhirnya, aku ada ruang untuk bernafas. 

Sepanjang dua minggu yang lalu, aku berhempas pulas untuk mengulang kaji silibus dua tahun kerana menduduki peperiksaan percubaan A-Level. Perjalanan yang lancar dengan izin Allah. Memang ada saat sukar, tetapi tidak bersifat 'membunuh'. 

Tetapi penamatnya sangat menyakitkan. 'Mengujakan'. Sebut apa saja perkataan yang menggambarkan kemusnahan. Tidak ada satu perkataan dalam kamus yang dapat mendefinisikan tragedi getir yang berpotensi menghancurkan mimpi aku untuk mencapai maksimum 15 mata.

Ah, aku nak qada rehat dua minggu. Aku ulang kaji siang malam. Cuma berhenti untuk tidur secukupnya. Tiada tidur ekstra seperti yang aku biasakan setiap petang. Haha. Sendiri yang mengada. Kan dah terima hukuman. 

Yang penting, malam ni aku balik rumah. Tak sabar rasanya. Aku dah penat. Sakit kepala aku tahan. Aku beri semuanya yang termampu. Aku berusaha sedaya upaya. Segala tenaga yang masih bersisa. Segala kekuatan yang masih berbaki. Aku berikan segala-galanya. Ketika rakan meluangkan masa untuk riadah, aku bertungkus-lumus dengan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

Aku nak rehat dulu. Kertas penamat tadi memberikan satu amaran keras. Ianya terlalu sukar dan memerlukan usaha gigih untuk berjaya. Aku akan sambung berusaha dalam cuti dua minggu ni. Aku akan mula bekerja untuk peperangan bulan Mei nanti. 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif