Monday, October 10, 2011

Apa Pandangan Korang?


Assalamualaikum..



Okey, kali kedua aku bagi salam dalam sehari bermakna.... maknanya aku nak 'cover' lar aku tak update semalam.. haha.. gurauan tak bertempat.. emm.. sebenarnya gambar di atas jelas akan menimbulkan perdebatan hangat.. mungkin korang rasa aku menentang hukuman mati kepada pembunuh yang merentap nyawa manusia tanpa keinginan mangsanya.. sebenarnya cerita bermula beberapa minggu lepas.. dalam pertemua ORBIC (Organisasi Bahas INTEC), soalan nie telah diutarakan..wajarkah hukuman mati dilaksanakan kepada pembunuh? Dan aku tertarik untuk meminta pandangan korang kerana tadi dalam kelas ALEL10, topik ini sekali lagi dibangkitkan..

Alasan para penentang adalah kerana hukuman mati tidak mengurangkan kadar jenayah yang berlaku.. mereka mengatakan para pembunuh ini seharusnya diubati dengan cara yang lembut.. "air yang mengalir berterusan akan dapat melekukkan batu".. mungkin juga mereka menggunakan kata-kata dalam gambar di atas, "why do we kill people who kill people to show killing people is wrong?".. mungkin ada benarnya.. membunuh pembunuh yang membunuh orang lain untuk menunjukkan perbuatan membunuh itu salah adalah tidak wajar..

Alasan para penyokong pula adalah "darah mesti dibalas darah".. yang membunuh mesti dibunuh.. menentang cara berlembut pula, hujah yang digunakan pula adalah pembunuh seperti ini hatinya keras seperti batu dan tidak mungkin dapat dilembutkan lagi.. kalau diberi peluang untuk terus hidup, mereka akan terus membunuh.. dan mungkin akan membunuh ANDA..

Bagi aku, cara berlembut memang tidak wajar.. dan hukuman mati bagi aku adalah wajar.. ada lagi pendapat yang mengatakan, kematian mereka dalam masa yang singkat tidak berbaloi dengan kekejaman mereka semasa membunuh.. ada kes mangsa diseksa sebelum dibunuh.. jadi pada pandangan aku, diorang nie wajar diseksa.. biar diorang tahu apa yang dirasakan oleh mangsa diorang.. bagi duduk atas kerusi elektrik, baru diorang kenal erti seksa..

Apa pandangan korang? :)











p palang s : Satu lagi topik yang berat..


8 comments:

aleen aiden said...

aku suke quote atas skali.nampak mcm berbelit,paahal x pon sbenarnya.heh~

aleen aiden said...

ini ada kaitan juga dengan isu hukum hudud tu kah?aku xtau sangat pasal hukum hudud nih.tapi bile lame2 org ckp psl ni rasa mcm nak gugel.heh~

Niena Pengembara Ilahi said...

duk atas kerusi letrik.. ganas tu

teha said...

ape2 pon , kite rujuk laa blik hukuman yg dah ditetapkan oleh agama islam :)

Run Away said...

biar kejam sikit supaya owg takut nak buat salah...;d

M Fizan said...

@aleen aiden bukan hukum hudud.. pasal hukuman mati lar.. =.=

@Niena Pengembara Ilahi huhu..kat amerika pernah buat.. :)

@teha hukuman islam.. darah dibalas darah :)

@Run Away haha.. sangat setuju..

suha said...

pening bace quot 2!(@_@)





(^_^)

M Fizan said...

@suha hehe memang nak bagi akak pening :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif