Thursday, October 27, 2011

Believe Me


Assalamualaikum...

Korang kena percaya kat aku.. kalau korang tak percaya, semuanya takkan menjadi kenyataan.. haha.. aku bukan lar nak tipu korang.. cuma nak kongsi satu fakta yang aku rasa bukan aku jer yang rasa.. aku rasa semua pelajar yang ada kesungguhan dan keazaman akan merasakan perkara yang sama.. matahari sudah terang lagi menggunakan lampu suluh, gambar angka di atas jelas membuktikan entri nie tak ada kaitan dengan cinta ataupun kepercayaan.. hoho.. jadi apakah kaitannya angka dengan entri aku nie? Ya, betul.. MATEMATIK..

Pernah tak korang cuba selesaikan soalan matematik yang agak sukar? Korang pun pegang pensel, memerah otak melakukan kira-kira.. jari-jemari mengetuk kalkulator sambil dahi berkerut menanggung stres yang tak terungkapkan.. lepas tu korang meragui jawapan tu adakah betul ataupun tidak sebab soalan tu dirasakan patut dijawab oleh seorang profesor dalam ilmu hisab.. sambil hati korang menyumpah-nyumpah makhluk Tuhan paling seksi yang telah menemui teori formula kira-kira tersebut..

Lalu dengan tangan menggeletar, korang pun selak skema jawapan sambil mencari-cari nombor soalan yang korang jawab tadi.. jari menutup mata namun sebenarnya ruang antara jari sangat luas.. sebelah mata yang disepetkan memerhatikan jawapan.. dan....... SENYUMAN.. korang dapat jawapan yang tepat.. apa yang korang rasakan masa tu? HEAVEN kan??? itulah yang aku rasakan saat ini sambil ulangkaji matematik.. hehe.. tapi kalau tak dapat jawapan, memang rasa macam nak sepak sesiapa yang lalu depan muka.. hehe..











p cepuk s : Entri merapu kala menghisab..


4 comments:

unknown said...

balik umah ker...nway nice belog

aleen aiden said...

pernah x kau buat soalan yg susah kemudian kau berpikir keras2 dan membuat jalan kira kepada jawapan tersebut.lepas tu kau pun termenung sambil merasekan ragu2 terhadap jawapan tu.

kau buat keputusan potong d mana2 bahagian dan kemaskini jalan kira tadi.

skali bila kau tengok jawapan,sama dengan jawapn pertama yg kau kira tadi.


tau x betapa frustnye masa tu?tahu x?????hahah

teha said...

bestt buat matematik... tp geram ble buat +math.. hahhaa !

M Fizan said...

@unknown yup.. balik rumah.. thanks :D

@aleen aiden haha.. yang tu lagi stres.. rasa nak hempuk jer kawan kat sebelah dengan buku matematik yang tebal.. :D

@teha haha.. addmath lagi mencabar minda.. tapi dekat kolej.. addmath tu matematik teras yang saya maksudkan :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif