Monday, October 3, 2011

Tika Bumi Berbicara


Assalamualaikum...


BUTIR BICARA BUMI

Bumi bukan manusia
Bermadah puitis dan indah
Melagukan kesengsaraan
Dicabul dan dizalimi
Syaitan bermuka dua
Yang tiada belas ihsan
Melazimi kebinasaan

Bumi tidak bisa berkata
Menyuarakan amarah
Menyatakan kesakitan
Dicemar dan disakiti
Iblis berwajah manusia
Yang sarat nafsu kejahatan
Membina kehancuran

Namun bumi ada caranya
Letusan gunung berapi membara
Siri gempa serata dunia
Ribut taufan yang seketika
Segala bentuk malapetaka
Apabila bala berulang kembali
Kala bencana berlaku lagi
Faham, renung dan hayati
Itulah butir bicara bumi


4 comments:

SweetLikeWhat said...

bumi dah menuju akhir zaman.....

M Fizan said...

@SweetLikeWhat sangat jelas...

aimie amalina said...

begitulah bumi
'ketika berbicara tanpa kata~

M Fizan said...

@aimie amalina betul.. setuju2.. bumi berbicara tanpa kata :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif