Sunday, October 30, 2011

Yes, We Can Do It!!



Assalamualaikum..

Salam pagi Ahad yang ceria... oh, tidak... tidak bagi aku yang masih belum menjawab peperiksaan akhir semester.. bagi adikku - pelajar Tingkatan Empat - hari ini adalah hari kemerdekaan.. merdeka sementara selama dua bulan sebelum menempuh tahun paling mencabar bagi pelajar sekolah menengah.. hehe.. sekurangnya hari nie dia boleh bergumbira.. okey, dah jauh sangat kita terpesong daripada tajuk yang ingin dipersoalkan.. mukadimah yang selalunya akan tergelincir daripada paksi hakikat.. argghh.. bab pendahuluan nie memang selalu ketandusan ilham..

Seperti yang semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu tapi mungkin ada yang tak tahu, Negeri Sembilan telah menjuarai kejohanan bola sepak paling berprestij di Tanah Melayu untuk musim 2010/2011 apabila membenam cabaran Terengganu 2-1 dalam final malam tadi.. Hairuddin Omar dan S. Kunanlan menafikan gol pendahuluan daripada Ashaari Shamsuddin.. bukan kemenangan skuad Rusa yang menjadi topik.. bukan sepakan gunting Hai-O yang menjadi isu panas.. tetapi keharmonian.. ya, malam tadi begitu harmoni.. rakyat Malaysia tak kira tua muda, lelaki wanita, hodoh lawa, semuanya setia menonton perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun perlawanan Chelsea vs Arsenal sedang hangat berlangsung..

Buktinya? Status rakyat Malaysia - rakan fb aku terutamanya - tak habis-habis dikemas kini dengan keputusan terbaru perlawanan.. apabila Terengganu mendahului, anak-anak Penyu penuh mengisi news feed aku dengan status kegembiraan mereka.. tapi tak lama, anak-anak Rusa pula gembira dengan gol penyamaan Negeri Sembilan.. dan Hai-O menghadiahkan mimpi indah buat peminat-peminat setia Rusa dan mimpi ngeri buat penyokong fanatik Penyu apabila sepakan guntingnya terlalu menarik untuk diselamatkan...



Itulah kuasa yang ada pada sukan dalam menyatukan seluruh rakyat Malaysia.. tidak kira bangsa, agama, jantina dan parti politik, semuanya bersama-sama khusyuk menonton perlawanan akhir tersebut.. tidak kira Rusa atau Penyu, kita semua rakyat Malaysia.. kita satu negara.. tahniah skuad Rusa.. :)











p tendang s : Kembali ulangkaji..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif