Welcome To My Life...

Tuesday, August 28, 2012

Angkasa

Assalamualaikum.

Angkasa. Tiada kaitan dengan Anugerah Seri Angkasa. Dan tak ada hubungan persaudaraan dengan lagu Angkasa nyanyian Diandra Arjunaidi. Bau-bau bacang pun takde. Cuma ada sikit hubungan sulit. Kalau korang pernah terdetik nak scroll sampai ke dasar blog aku ni, korang akan ternampak benda alah dalam gambar kat bawah ni.


Kalau belum pernah scroll sampai bawah, sila lar berbuat demikian sebab korang akan kenal aku lebih dekat. Bukan rugi masa pun, lima saat je. Dan korang akan tau yang blog aku ni takde serabut-serabut. Ringkas tapi menyeluruh. SINTOK SPACE KINGDOM ni adalah projek novel fiksyen fantasi aku yang sedang dalam proses awal. Ekceli dah lama aku rancang cerita ni. Dah lebih dua tahun. Dan aku dah pernah tulis sekali.

Malang sekali, aku dah buat dokumen tu password encrypted. Aku masukkan kata laluan setahun lepas. Sebab aku tak nak sesiapa yang gunakan netbook aku tanpa pengawasan aku akan baca. Malu lar aku. Akibatnya sekarang aku dah tak dapat bukak. Terpaksa lar aku mula dari bawah semula, merangkak dari bahagian prolog. Kerja aku dipermudahkan sebab dokumen storyline aku tak ada kata laluan. Aku dah plot sampai episod 10. Sebelum cuti raya tamat, aku dah tambah plot sampai episod 100.


Sekarang aku akan memulakan Bab 4 : Mega Mission. Itu lar rupa dokumen aku. Aku pilih warna ungu kerana aku suka kelembutan. Aku rasa tenang je tengok. Warna latar tu masih dalam pertimbangan. Aku akan ubah mengikut pandangan para pemberi semangat aku. Bila dah siap nanti, aku akan minta pandangan beberapa orang yang rapat dengan aku sebelum aku cari penerbit. Wahh, belum apa-apa dah berangan jauh. Dem! Aku sasarkan dalam 500 muka surat. Nak lawan J.K Rowling tak dapat lar.... Kalau korang perasan, aku letak watermark M. FIZAN berwarna oren. Tu lar nama pena aku.


Ini muka depan setakat ni. Malas nak reka grafik canggih. Nanti aku mintak tolong kawan-kawan yang mahir dalam mereka cipta grafik. Kalau tengok tajuknya, mesti korang rasa merepek kan. Cos of lar, dah terang-terang cerita fiksyen fantasi. Kalau korang expect novel ni cuma berkisar tentang teknologi di luar kotak pemikiran manusia semata-mata, korang salah.

Aku adunkan kecanggihan masa depan dan keajaiban purba dalam novel aku ni. Bukan sekadar teknologi dan robot. Tema novel aku lebih daripada itu. Aku gabungkan beberapa idea yang aku minat termasuk daripada produk Harry Potter. Aku olah menggunakan imaginasi aku. Walaupun idea asasnya sama, perjalanan cerita ni jauh berbeza. 

Memandangkan aku ni romantik (perasan!), sudah tentu persoalan cinta tidak lari walaupun teknologi menjadi permainan. Aku harap proses penulisan aku akan berjalan lancar dan idea akan mencurah-curah bagai Koko Krunch mencurah ke ladang gandum. Doakan aku berjaya.











p tumbuk s : Nak ke angkasa...

2 comments:

eyjalukman said...

wahhh smoga berjaya dlm bidang penulisan jgk . skrg kt intec amek apa eh ?

M Fizan said...

@eyjalukman medic. tenkiu eyja ;)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif